Kek Stormtrooper yang Sangat Cool dan Menyelerakan

Published On 18/01/2012 | By cisdel | Menarik

Kek yang cantik pasti dapat menaikkan lagi selera untuk makan kek tu. Yela bak kata orang dari mata turun ke hati betul kan? Contohnya macam koleksi cupcakes yang sangat comel kami pernah kongsikan dulu tu, kalau dapat tu mesti sayang nak makan kan? Post kali ini pon kami ingin kongsikan rekaan kek yang cantik dan cool juga tapi kali ini adalah kek stormtrooper bersaiz sebenar 1:1. Peminat Star Wars mesti suka tengok ni haha

stormtroopercake02

Kek stormtrooper

stormtroopercake07

kek stormtrooper berskala penuh

stormtroopercake04

makan belakang kek

stormtroopercake06

potong sikit-sikit, siapa nak peha angkat tangan!

stormtroopercake05

kepala dia yang mahal tu

stormtroopercake08

Selesai! tinggal rangka je haha

stormtroopercake03

Artis-artis kek yang terlibat dalam pembikinan kek ni

Untuk pengetahuan kek ini telah dibuat oleh Amanda Oakleaf Cake dan ianya setinggi 6 kaki 4 inci. Kek yang seberat 300 pound ini telah dicipta untuk memberi 300 orang makan di Arisia Sci-Fi Convention. Boston, Massachusetts. Terdapat banyak lagi kek-kek menarik yang telah dibuat oleh Amanda Oakland ini seperti  R2D2, Super Mario dan banyak lagi. Nak tengok sila rujuk sumber kami.

cisdel buat kek stormtrooper

sumber: Amanda Oakleaf Cake, toxel

Kongsi Artikel

2 Responses to Kek Stormtrooper yang Sangat Cool dan Menyelerakan

  1. OrangAkaun says:

    senggama minda sungguh!

  2. Pingback: Kek Darth Vader yang Sangat Cool dan Menyelerakan | cisdel.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *