Cara-cara Untuk Menjadi Seekor Kucing yang Berjaya
Kucing memang merupakan seekor binatang yang sangat comel dan mempu membuatkan kita terhibur dengan gelagat mereka. Kami sendiri di cisdel.com banyak berkongsi post-post yang menarik berkaitan dengan gelagat dan telatah kucing yang menghiburkan. Kali ini kami kongsikan sesuatu yang lebih menarik lagi, ilustrasi panduan bagaimana untuk menjadi seekor kucing. Semoga panduan ini dapat membantu anda jika anda berminat untuk menjadi seekor kucing haha.

Jalan atas manusia anda bila mereka sedang cuba nak tidur

Ikut bila mereka sedang membuuat kerja rumah

Jangan biarkan manusia anda memberi lebih perhatian pada buku mereka

Bila manusia anda sedang mengemas katil, duduk atas katil berkenaan

Kenapa nak tidur bersendirian bila anda boleh tidur di atas muka manusia anda?

Buat manusia anda rasa bersalah tentang apa-apa yang mereka makan

Sila perhatikan betul-betul tetamu yang pertama kali datang

Tolak semua mainan ke bawah sofa, bila manusia anda cuba nak capai pura-pura seperti sedang membantu

Bila manusia anda belikan mainan baru, sila abaikan mainan berkenaan dan main dengan beg dia

Almari yang gelap adalah dicipta untuk anda bersembunyi

Katil manusia sebenarnya dicipta untuk kucing, jadi jangan rasa bersalah bila anda berjaya menolak manusia anda jatuh dari katil

Pastikan anda sentiasa memeriksa minuman manusia anda untuk memastikan ia tidak beracun

Jangan benarkan manusia anda keluar tepat pada waktunya

Bila ada orang bangun, rampas tempat mereka dan pura-pura seperti anda memang dah duduk lama di tempat berkenaan

Menjerit di bilik yang ditutup pada jam 2 pagi adalah menyeronokkan. Ia juga baik untuk paru-paru
Macam mana? Dah dapat serba sedikit idea bagaimana untuk menjadi seekor kucing yang berjaya? Mungkin anda boleh mempraktikkannya sendiri di rumah nanti. Tapi tidak akan menanggung sekira berlaku apa-apa pada anda dalam proses anda ingin menjadi kucing berkenaan. Sila layari sumber kami jika nak belajar dengan lebih terperinci bagaimana untuk menjadi seekor kucing lagi.
sumber: how to be a cat
Wouww….cara-cara yang sangat bagus dan bermanfaat.