Pemenang Pertandingan Foto National Geographic 2013
Seperti tahun-tahun yang sebelum ini, pada tahun 2013 ini jugak National Geographic telah menganjurkan satu pertandingan fotografi yang memang dinantikan oleh ramai peminat fotografi. Sama seperti edisi sebelum ini, tiga kategori dipertandingkan iaitu; “people”, “nature” dan juga “places”. Sebanyak 7000 gambar telah dihantar oleh jurugambar dari 150 buah negara untuk merebut hadiah utama bernilai 10, 000 USD. Berikut adalah senarai pemenang untuk setiap kategori.
Pemenang Kategori Nature & Grand Prize: The Ice Bear

The Ice Bear oleh Paul Souders
Lokasi: Hudson Bay, Manitoba, Canada
Seekor beruang polar memerhati dari bawah lautan ais yang mencair di Teluk Hudson. Populaso beruang polar di Manitoba, kawasan yang paling selatan di dunia semakin terancam kerana iklim yang panas serta pengurangan lautan ais
Pemenang Kategori People: Together, Alone

together, alone oleh Cecile Baudier
Lokasi: Fyn, Denmark
Potret dua orang kembar seiras (Nils dan Emil, 15 tahun) di Fyn, Denmark adalah sebahagian daripada koleksi yang menggambarkan seseorang yang mempunyai pertalian yang kuat dengan seseorang yang lain dan juga yang sering memikirkan tentang “kami” dan bukannya “saya”.
Pemenang Kategori Places: Adam Tan (dari Malaysia)

Long Road To Daybreak oleh Adam Tan
Lokasi: Yuanyang, China
Menyedari bandar lama (Laocheng, bermakna bandar lama dalam bahasa Cina) tidak lama lagi akan berubah menjadi sebuah bandar baru melalui pertumbuhan ekonomi yang sangat pesat di China dan mungkin hilang kecantikkannya tidak lama lagi, saya gembira untuk menangkap gambar seorang ibu yang sedang berkerja dan membawa anaknya di dalam bakul. Dia berjalan melalui kabus tebal pada awal pagi, 2012.
Honorable Mentions

Indian Rhino, Canadian Winter oleh Stephen De Lisle (Nature)

Crows Nest oleh Yosuke Kashiwakura (Nature)

Flying Egrets oleh Réka Zsirmon (Nature)

Cows And Kites oleh Andrew Lever

Life Along The Polluted River Andrew Biraj (People)

Laurentiu oleh Aurélie Geurts (people)

Francesca oleh Michele De Punzio (people)

Arabic in Gambia oleh Bisig Maurin (people)
Menarik bukan? Bangga juga sebagai rakyat Malaysia kerana ada yang rakyat Malaysia yang menang pertandingan foto peringkat antarabangsa ini. Kalau anda berminat nak tengok gambar pemenang-pemenang tahun sebelum ini boleh layari post kami yang lepas-lepas.
sumber: web national geographic via mymodernmet