Mette: Mancis yang Dibungkus Seperti Pemetik Api

Published On 11/07/2013 | By cisdel | Rekaan Menarik

Mancis digunakan untuk menyalakan api. Ia sering menjadi pilihan kerana mudah digunakan serta kosnya yang sangat rendah. Suatu ketika dahulu kami pernah kongsikan koleksi mancis dari Jepun yang sangat comel. Kali ini kami nak kongsikan satu lagi mancis dengan pembungkusan produk yang sangat menarik. Mancis yang diberi nama Mette ini sama seperti mancis biasa, apa yang membezakan ia adalah bungkusannya yang kelihatan seperti sebuah pementik api. Sekali tengok pasti anda akan fikir ia pemetik api. Jom kita lihat mancis unik ini.

mette 1

sekali pandang nampak macam pemetik api

mette 2

2 kali pandang pon macam pemetik api juga

mette 3

pandang 3 kali? masih kelihatan seperti pemetik api haha

mette 4

tapi sebenarnya ia adalah mancis

mette 5 mancis unik

mancis dalam kotak yang kelihatan seperti pemetik api

mette 6

pakai dan buang

mette 7

pada mulanya kami ingatkan kotak besi, rupanya hanya sekadar kotak biasa sahaja

Macam mana cool bukan? Pembungkusan produk yang menarik dan unik memang dapat membantu melariskan sesebuah produk. Sebagai contoh mancis ini sendiri, mancis biasa kita boleh beli dengan harga 20 sen sekotak. Tetapi apabila ia dibungkus dengan sangat menarik ini harganya meningkat sehingga 2 USD (bersamaan lebih kurang RM6.36). Jadi selepas ini jika anda ingin mengeluarkan apa-apa produk, sila ambil berat tentang rupa bentuk bungkusan produk berkenaan.

cisdel mancis lembu

sumber: connectdesign

Kongsi Artikel

2 Responses to Mette: Mancis yang Dibungkus Seperti Pemetik Api

  1. effort lab says:

    geng hipster mesti suka benda2 gini kan 😀

  2. titan says:

    dia ada jual refill tak? hehe

Leave a Reply to effort lab Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *