Memperkenalkan Telefon Pintar Facebook Rekaan HTC

Published On 05/04/2013 | By cisdel | Gajet & Teknologi

Facebook telah memperkenalkan sebuah telefon pintar facebook yang bakal menggunakan “home”; perisian media sosial terbaru yang mengisi skrin telefon pintar anda dengan gambar rakan, kemas kini status, pautan dan sebagainya. Telefon pintar yang dikuasakan oleh android itu direka oleh HTC dan diberi nama HTC First. Ia didatangkan dengan skrin sebesar 4.3 inchi, kamera belakang 5mp, serta mampu menggunakan LTE. Jom kita tengok bagaimana rupa telefon pintar facebook ini.

facebook phone htc 01

HTC first

facebook phone htc 01

didatangkan dalam 4 warna berbeza; hitam, putih, merah dan juga biru

facebook03

pandangan hadapan, belakang dan sisi HTC first

telefon pintar facebook

telefon pintar facebook

facebook-home_01

antara muka facebook home (sumber gambar dari amanz)

facebook-home_01

antara muka facebook home (sumber gambar dari amanz)

Untuk pengetahuan anda HTC first ini sudah mula boleh untuk ditempah dengan harga $99 usd – keterangan lanjut boleh didapati di sumber kami. Selain itu, jika anda sudah mempunyai telefon pintar android, anda juga boleh memuat turun aplikasi home mulai 12 April ini secara percuma. Tetapi buat masa ini ia terhad kepada beberapa jenis telefon pintar sahaja; HTC One X, HTC One X+, Samsung Galaxy S III dan Samsung Galaxy Note II.

like cisdel.com di facebook!

sumber telefon pintar facebook di facebook/home

Kongsi Artikel

2 Responses to Memperkenalkan Telefon Pintar Facebook Rekaan HTC

  1. Diarisakura says:

    mcm best .. nice je tgok HTC ni .. tp huhuhu x mampu milik lg ..

Leave a Reply to Diarisakura Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *