Lensa Kamera Nikon yang Rosak Diperbaiki dengan Mendidihkannya

Published On 19/03/2013 | By cisdel | Gajet & Teknologi

Sebuah pusat servis Nikon di Taiwan melaporkan bahawa mereka telah berjaya menyelamatkan lensa Nikkor 17-35mm f/2.8 yang berharga lebih RM 7500 dengan mendidihkannya. Lensa berkenaan telah terjatuh ke dalam air laut dan menyebabkan ia tidak dapat berfungsi lagi. Selepas diselidik, mereka dapati AF motor telah rosak teruk dan perlu ditukar. Selain itu banyak bahagian telah berkarat dan terkena garam menyebabkan ia tidak dapat berfungsi lagi. Namun begitu, lensa kamera berkenaan telah berjaya diperbaiki dengan mendidihkannya. Jom kita tengok proses ‘memasak’ dan meperbaiki lense ini yang mengambil masa 3 hari.

masak lense

menu hari ini: lens nikkon tumis air hehe

kamera masuk air

Beginilah rupa lens yang dah termasuk ke dalam air laut. Dapatkah ia diperbaiki?

baiki lense nikkon yang rosak

Proses baik pulih dimulakan dengan meleraikan semua komponen lense berkenaan

nikon lense repair

AF motor yang rosak dan perlu diganti

lense nikkon rosak

Bahagian dalam yang terhakis

broken nikon lense

Banyak bahagian yang berkarat dan terkena garam sebab itulah ia perlu dididihkan hehe

air mendidih

Masak lens berkenaan selama 15 minit dan tambahkan ramuan rahsia untuk membuang karat

Nikkor 17-35mm f2.8 lens

Tadaa! Selepas 3 hari akhirnya lensa Nikkor ini berjaya diperbaiki dengan kos yang minimum

Diingatkan bahawa ini adalah proses yang dijalankan oleh mereka yang betul-betul pakar. Anda dinasihatkan untuk tidak mencubanya sendiri di rumah. Kami tidak akan bertanggungjawab jika harta benda anda mengalami kerosakan akibat kedegilan yang tidak mengendahkan nasihat kami hehe.

cisdel dalam periuk

sumber: baik pulih lense nikon di mobile01, via nikkonrumors

Kongsi Artikel

4 Responses to Lensa Kamera Nikon yang Rosak Diperbaiki dengan Mendidihkannya

  1. ejam says:

    ni kes alang-alang dah rosak apa kata cuba jer…kan..hehe

  2. Orang Akaun says:

    ni hardcore boleh la buat macam ni

Leave a Reply to ejam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *