Rumah di Tengah-tengah Jalan Raya Di China

Published On 23/11/2012 | By cisdel | Menarik

Di China memang ada banyak cerita-cerita yang menarik dan kadang-kala di luar batas akal pemikiran kita haha. Untuk post kali ini kami nak ceritakan tentang pemilik rumah yang bernama Luo Baogen dan rumahnya yang terletak di tengah-tengah jalan raya. Alkisahnya kawasan perumahan Luo Baogen hendak dimusnahkan untuk tujuan membina jalan raya. Semua penduduk di situ telah berpindah tetapi hanya Luo Baogen sahaja yang enggan kerana wang pampasan yang kerajaan ingin berikan itu dirasakan terlalu sedikit dan tidak mencukupi. Akibatnya jalan raya tersebut tetap dibina dan tinggallah rumah Luo Baogen di tengah-tengah jalan raya itu. Sila la tengok macam mana keadaan rumah beliau di tengah-tengah jalan raya itu hehe.

rumah di tengah jalan raya

Luo Baugen melihat pemandangan baru jalan raya yang belum dibuka secara rasmi lagi

pampasan terlalu sedikit

pampasan terlalu sedikit tak berbaloi nak pindah

geran tanah

sijil yang menunjukkan Baugen adalah pemilik rumah dan tanah tersebut.. Tiada yang boleh paksa dia berpindah

pemandangan baru

santai melihat pemandangan baru

rumah lain semua dah dimusnahkan

rumah lain semua dah dimusnahkan rumah dia masih gagah berdiri

jalan raya lengang

jalan raya masih lengang lagi kerana belum dibuka secara rasmi.. kalau dah buka nanti tak tahu la -.-

taknak pindah

Pembuat jalan raya tu pon tak mahu mengalah, tetap buat juga jalan raya hehe

berapa lama la agaknya boleh bertahan ni?

berapa lama la agaknya boleh bertahan ni?

Macam mana? Apa pendapat anda? Kami sendiri tak tahu nak cakap ia satu tindakan yang bagis ke atau tidak. Tapi apa yang pasti rumah di tengah-tengah jalan raya ini memang unik haha.

Update 3/12/12: Terima kasih kepada Hana yang memberitahu kami bahawa rumah ini telah dirobohkan pada hari Sabtu 1 Disember 2012 dan Luo Baogen telah bersetuju menerima pampasan kerajaan berjumlah 260,000 yuan ($US42,500 /RM 129 306.25). Berikut adalah gambar ketika rumah berkenaan dirobohkan.

China Nail House

rumah dalam proses untuk dirobohkan

rumah roboh

ramai orang tengok rumah ini dirobohkan

cisdel rumah dalam laut

sumber: dailymail

Kongsi Artikel

3 Responses to Rumah di Tengah-tengah Jalan Raya Di China

  1. riena says:

    TERBAEKKKKKKK!!!!

  2. Hana says:

    dalam YAHOO NEWS 3/12/2012 bagitawu, pakcik ni pasrah akhirnya menjual rumah kesayangan pada kerajaan untuk buat jalan..

Leave a Reply to admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *