Senarai Pemenang eVolo Skyscraper Competition 2012 yang Sangat Menakjubkan

Published On 18/03/2012 | By cisdel | Senibina Menarik

Setiap tahun majalah eVolo akan menganjurkan pertandingan rekaan konsep bangunan pencakar langit bagi mencari rekaan yang terbaik dikalangan profesional ataupun pelajar. Ia merupakan pertandingan yang sangat berprestij dalam bidang seni bina. Bagi tahun 2012 terdapat 714 penyertaan dari 95 buah negara dan telah dimenangi oleh  Zhi Zheng, Hongchuan Zhao dan Dongbai Song dari China yang menghasilkan rekaan “Himalaya Water Tower”. Berikut adalah senarai 3 pemenang dan 22 honorable mentions.

Tempat Pertama: Himalaya Water Tower

Himalaya Tower

rekaan konsep Himalaya Tower

Rekaan: Zhi Zheng, Hongchuan Zhao, Dongbai Song dari China

Himalaya Water Tower adalah sebuah pencakar langit yang terletak tinggi di banjaran gunung yang berfungsi untuk menyimpan air dan membantu mengawal pengaliran air kepada kawasan perumahan di bawah apabila sumber di gunung telah habis. Bangunan ini akan menadah air hujan, menyucikannya dan membekukan air bekenaan untuk simpanan.

Tempat Kedua: Mountain Band-Aid

Mountain BanAid

Mountain BanAid

Rekaan: Yiting Shen, Nanjue Wang, Ji Xia, Zihan Wang dari China

Aktiviti perindustrian dan perlombongan yang berkembang pesat di China memberi kesan yang agak teruk pada alam sekitar terutamanya pada gunung. Terdapat unung-gunung  yang ditarah dan dirosakkan untuk tujuan mencari mineral. “Projek Mountain Ban-Aid” bertujuan untuk menyelamatkan ekologi gunung-gunung di sekitar pergunungan Yunnan terutamanya Gunung Hmong yang telah banyak dirosakkan untuk tujuan perlombongan dan perindustrian.

Tempat Ketiga: Monument to Civilization: Vertical Landfill for Metropolises

Vertical lanfill

Vertical lanfill

Rekaan: Lin Yu-Ta, Anne Schmidt dari Taiwan

Sedang orang lain semua sibuk membina bangunan pencakar langit yang hebat-hebat dan canggih pereka dari Taiwan ini mempunyai idea yang lebih menarik dan berguna. Menara tapak pelupusan sampah dengan ketinggian 1300 meter, hampir sekali ganda ketinggian Burj Dubai (829.84m). Ia mungkin merupakan penyelesaian yang sangat berguna bagi mengatasi masalah tapak perlupusan sampah yang semakin meruncing masa kini.

Senarai Pemenang Honorable Mention

Citadel Skyscraper

Citadel Skyscraper: rekaan Victor Kopieikin, Pavlo Zabotin dari Ukraine

Occupy Skyscraper

Occupy Skyscraper, Rekaan Ying Xiao, Shengchen Yang dari United States

Folded City

Folded City, rekaan Adrien Piebourg, Bastien Papetti dari France

Migrant Skyscraper

Migrant Skyscraper, rekaan Damian Przybyła, Rafał Przybyła dari Poland

House of Babel: Post-crisis Skyscraper

House of Babel: Post-crisis Skyscraper, rekaan Nikita Asadov di Russia

Plastic Fish Tower

Plastic Fish Tower, rekaan Kim Hongseop, Cho Hyunbeom, Yoon Sunhee, Yoon Hyungsoo dari Korea Selatan

New Tower of Babel

New Tower of Babel rekaan Maciej Nisztuk dari Poland

Mountain City

Mountain City, rekaan Charly Duchosal dari Switzerland

Coal Power Plant Mutation

Coal Power Plant Mutation, rekaan Chipara Radu Bogdan dari Romania

District 3: Skyscraper of Liberation

District 3: Skyscraper of Liberation, rekaan Xiaoliang Lu, Yikai Lin dari United States

Bridge of Hope

Bridge of Hope, rekaan Mohammed Adib dan rakan-rakan dari Sepanyol

Vertical Ground

Vertical Ground (ramai sangat pulak dia punya designer hohoho)

Airport Skyscraper

Airport Skyscraper, rekaan ZhiYong Hong , XueTing Zhang dari China

Akash Skyscraper

Akash Skyscraper, rekaan Lemire Abdul Halim Chehab dan kawan-kawan dari UK

Cliff dwellings

Cliff dwellings, rekaan Román J. Cordero Tovar dan rakan-rakan dari Mexico

Human Rights Skyscraper

Human Rights Skyscraper, rekaan Ren Tianhang, Luo Jing, Kang Jun dari China

Noah Ark

Noah Ark. rekaan Aleksandar Joksimovic, Jelena Nikolic dari Serbia

Tundra City

Tundra City, rekaan Pavel Sipkin dari Russia

GreenGru Airportscraper

GreenGru Airportscraper, rekaan Gerasimos Pavlidis dari Greece

Oceanscraper

Oceanscraper, rekaan Hui Chen, Luying Guo dari China dan United States

Tehran Tower

Tehran Tower, rekaan Mahdi Kamboozia dan kawan-kawan dari Tehran

Floating City

Floating City, rekaan Wei Zhao dari China

Hebatkan rekaan tu semua. Walaupun hanya sekadar lakaran konsep tapi idea yang diketengahkan sangat hebat dan berguna pada masa hadapan. Untuk penerangan lanjut tentang rekaan-rekaan lain sila layari sumber kami di laman web rasmi eVolo.

cisdel menara simpan susu

sumber: web rasmi eVolo

Kongsi Artikel

5 Responses to Senarai Pemenang eVolo Skyscraper Competition 2012 yang Sangat Menakjubkan

  1. Affan Ruslan says:

    Suma idea tak tercapai dek akal. Haha.

  2. OrangAkaun says:

    Human Rights Skyscraper WIN
    setiap rumah ada laman

  3. Pingback: Senarai Pemenang eVolo Skyscraper Competition 2012 .

  4. usui says:

    bayangkan kalau bangunan pelupusan sampah tuh runtuh? apa akan jadi dengan kota di sekelilingnya? hahaha…

    floating city tuh macam sky high pun ada… haha…

    rumah human right tuh, aku tak dapat nak bayangkan, macamana nak park keta… haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *