17 Jenis Senyuman dan Situasi yang Sesuai untuk Menggunakannya

Published On 14/03/2012 | By cisdel | Trivia

Kepada yang tidak tahu senyuman adalah ekspresi muka yang anda tunjukkan bila anda berasa senang atau gembira. Terdapat pelbagai jenis senyuman yang boleh digunakan pada masa-masa dan situasi tertentu. Contohnya seperti senyuman manis, senyuman nakal dan lain-lain lagi. Dalam post ini kami nak kongsikan 17 jenis senyuman dan masa-masa atau situasi yang sesuai untuk menggunakannya.

senyuman manis

senyuman manis

Senyuman yang boleh mencairkan jiwa dan raga. Sekali terkena pasti akan teringat sampai bila-bila. Sangat sesuai dijadikan senjata bila nak minta pertolongan atau minta apa-apa. Susah nak tolak permintaan yang disertakan dengan senyuman manis ini hehe

senyuman dilamun cinta

senyuman dilamun cinta

Sama lebih kurang macam senyuman angau dan sangat mudah untuk dikenalpasti. Disebalik senyuman ini biasanya terpancar aura cinta dan kebahagiaan yang tulus dan tulen. Biasanya berlaku pada orang yang dilamun cinta tak kisah la cinta pada kekasih, cinta pada binatang peliharaan hatta cinta pada kereta baru pon boleh.

senyuman yang paling cantik sekali!

senyuman yang paling cantik sekali!

Ini adalah senyuman yang boleh membuatkan jantung anda terhenti. Senyuman ini tidak boleh diwarisi atau dipelajari. Hanya boleh dilakukan oleh insan-insan terpilih dan teristimewa sahaja haha. Lagi hebat kalau disertakan dengan lesung pipit! PERGGHHHHHh *pengsan*

senyuman gembira

senyuman gembira

Senyuman yang menggambarkan keriangan dan kegembiraan. Tiada lagi penerangan diperlukan haha

thoughtful smile

thoughtful smile (tak dapat fikir perkataan BM yg sesuai)

Tiada eye contact dalam senyuman ini kerana anda sibuk berada di alam fantasi memikirkan sesuatu yang tiada di depan mata. Biasanya diakibatkan oleh kerinduan pada seseorang atau teringat memori indah bersama yang tersayang. Terasa seperti anda berada dalam situasi yang sama dengan memori indah itu maka lahirlah senyuman ini.

wise_smile

senyuman serba tahu

Semakin anda meningkat dewasa dan matang semakin hebat anda dapat menggunakan senyuman ini. Kerana dada anda dah dipenuhi dengan ilmu dan pengalaman. Ia sennyuman yang menunjukkan tentang pengalaman dan pengetahuan yang anda telah timba sepanjang hidup.

smile_in_the_eyes

senyuman dengan mata yang bersinar

Mata anda dapat menggambarkan segalanya. Dipenuhi dengan sinaran kegembiraan, keriangan dan kegairahan. Tidak perlu penerangan lain

i_am_the_boss_smile

senyuman "I 'm the boss"

Senyum sambil cakap dalam hati “So what? I ‘m the boss.”

lucky_smile_

senyuman bertuah

Senyum sambil ada sedikit perasaan malu-malu sambil berbisik dalam hati ” saya bertuah lagi hikhikhik”

amused smile

senyuman geli hati

Cuba teka dalam gambar di atas mana satu senyuman yang geli hati mana satu senyuman yang tak geli hati langsung haha.

naughty smile

senyuman nakal

Senyuman yang nakal dan ada niat jahat tersembunyi hehehe. Kanak-kanak dianugerahkan bakat semulajadi yang sangat hebat untuk memberikan senyuman sebegini haha.

satisfied smile

senyuman puas hati

Senyuman ini biasanya wujud bila anda berasa puas hati. Contohnya dapat makan sedap-sedap, dapat beli baju baru idaman hati atau dapat patahkan segala hujah kawan anda haha. Lagi berkesan kalau anda angkat kening sambil buat senyuman puas hati ini.

contented_smile

senyuman puas

Senyuman puas ini tidak sama dengan senyuman puas hati yang sebelum ini. Senyuman puas hati lebih kepada kegembiraan yang lahir daripada faktor luaran manakala senyuman puas ini adalah kegembiraan yang lahir dari dalaman. Ia mempamerkan ketenangan, keamanan dan kepuasan diri setiap dalam kehidupan seharian.

confident_smile

senyuman keyakinan

Senyuman yang lahir bila anda berasa sangat yakin. Tak kisah la kalau anda terpaksa tunjuk pendakap gigi yang berwarna-warni itu.

senyuman bangga

senyuman bangga

Senyuman yang terukir bila anda berasa bangga dengan pencapaian anda.

senyuman seksi

senyuman seksi

Senyuman ini agak sukar sedikit dan memerlukan posisi-posisi yang tertentu dan strategik. Anda perlu duduk pada posisi 47 darjah daripada penerima supaya anda dilihat pada sisi terbaik anda. Anda juga perlu sengetkan kepala anda ke bawah sedikit (untuk efect malu-malu) tetapi dengan mata yang mengerling (mencabar penerima untuk mara). Dan jika anda wanita sila kelipkan sekali mata anda beberapa kali untuk kesan tambahan. Lentokkan kepala anda pada salah satu tangan untuk menunjukkan anda tidak berdaya dan menambah lagi keberkesanan senyuman seksi ini. Walaupun ianya agak sukar tapi jika berjaya ia mampu menjadi senjata membunuh yang paling hebat sekali haha.

cheer up smile

senyuman yang menaikkan semangat atau menambah kegembiraan

Ini adalah senyuman untuk menaikkan semangat, biasanya senyuman ini digunakan bila andabaru sahaja pulih daripada takde mood atau kesedihan. Ia bukan sahaja dapat menaikkan semangat anda malah juga semangat orang disekeliling yang melihat anda tersenyum.

Sedikit info tambahan: Senyum itu lebih mudah daripada berkerut kerana anda memerlukan lebih kurang 37 otot untuk berkerut dan hanya 22 sahaja untuk tersenyum (angka mungkin berbeza mengikut pendapat) maka senyumlah selalu. Layarilah cisdel.com selalu jugak untuk buat anda tersenyum hehehe

cisdel senyuman lembusumber: diterjemah dan diolah daripda abundancetapestry

Kongsi Artikel

7 Responses to 17 Jenis Senyuman dan Situasi yang Sesuai untuk Menggunakannya

  1. Syahbinar says:

    kahkah.. nak tergelak baca post nih. kemainn lagi dia punya penerangan 😀

  2. OrangAkaun says:

    senyum simpul?
    senyum kambing?
    senyum angau?

  3. budakserius says:

    X perlu kata apa2.senyum.hehe

  4. Pingback: 17 Jenis Senyuman dan Situasi yang Sesuai untuk Menggunakannya

  5. qaesyah says:

    hahahaha…mmg lucu post ni..
    senyum senyum…

  6. razfira says:

    senyumlah2… ahai cek mek molek 🙂

  7. Pingback: 12 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2012 | cisdel.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *