Kapal Terbang Hello Kitty yang Sangat Comel dan Cool

Published On 13/02/2012 | By cisdel | Comel, Menarik

Hello Kitty memang karakter yang sangat terkenal dan mempunyai pelbagai produk yang comel dan menarik. Sebelum ini kami pernah kongsikan gambar restoran Hello Kitty di Beijing dan juga Hotel Hello Kitty di Baverly Hills yang sangat comel dan menarik. Post kali ini kami ingin kongsikan gambar kapal terbang hello kitty pula. Kapal terbang ini adalah milik syarikat penerbangan di Taiwan, EVA Air dan telah dilancarkan baru-baru ini. Berikut adalah gambar-gambar di dalam kapal terbang berkenaan dan juga pramugari-pramugari yang comel haha.

hello kitty jet 1-exterior

Rupa luaran jet hello kitty

hello kitty jet 3-headrest-cushion

kusyen dan headrest yang sangat menngoda untuk dicuri haha

hello kitty jet 5-boarding-pass

Boarding pass dan luggage tag yang comel >.<

hello kitty jet 8-soap

Sabun di bilik air pon comel-comel belaka

hello kitty jet 7-flight-attendant

macam mana manis pon senyuman pramugari ni, tetap tak boleh tandingi hello kitty kat apron dia tu haha

hello kitty jet 4-flight-attendants

Makanan dia pon comel-comel belaka

hello kitty jet 9-kids-meal

bento yang comel untuk kanak-kanak yang comel

Macam mana comelkan pramugari kapal terbang hello kitty ni. Untuk pengetahuan, EVA Air mempunyai 3 kapal terbang yang bertemakan Hello Kitty ini diberi nama Apple Jet, Global Jet dan Magic Jet. Ia mempunyai beberapa laluan penerbangan yang bermula daripada Taipei contohnya Apple Jet terbang ke Seoul dan Fukuoka, Global Jet ke Hong Kong dan Tokyo manakala Magic Jet akan pergi Ke Sapporo dan Guam. Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web rasmi EVA Air (dalam bahasa Korea, China dan Jepun sahaja -.-*)

cisdel flight

sumber: cnngo, laman web rasmi eva Air

Kongsi Artikel

3 Responses to Kapal Terbang Hello Kitty yang Sangat Comel dan Cool

  1. eiyda says:

    wow!!! comeynyaaaa suka hello kitty…. lepas naik xnak turun ;p

  2. ejam says:

    comelnya…bantal2 tu bleh kidnep tak sblom turun, hadiah kenang-kenangan jer pun…hehe

Leave a Reply to ejam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *