PUMA Clever Little Bag: Pengganti Kotak Kasut yang Sangat Unik

Published On 27/01/2012 | By cisdel | Iklan Menarik

PUMA adalah jenama pakaian sukan yang berfokuskan pada penghasilan kasut puma terutamanya kasut-kasut sukan. Kebiasaannya kalau kita membeli kasut tak kiralah kasut sukan mahupun kasual pasti kita akan diberi kotak untuk meletak kasut tersebut. PUMA telah mengadakan satu inovasi pada pembungkusan kasut puma dengan menggantikan kotak kasut kepada produk yang dipanggil “Clever Little Bag”. Nak tahu macam mana rupa revolusi baru pembungkusan kasut ini? Teruskan membaca.

puma clever bag

puma clever little bag

kotak kasut puma

kerana kotak kasut terlalu mainstream? haha

puma clever bag 2

Pandangan sisi

puma clever bag 3

Tak perlukan gam, dan pemasangan. lipat-lipat terus masuk beg

puma clever bag 4

Ini lah rupa beg pintar PUMA

puma clever bag 5

Kasut merah ni macam smart je

puma clever bag 7

kasut hitam dalam kotak, err dalam beg

puma clever bag 8

ini biru ke cyan? hahaha

Ini pulak adalah video disebalik pembikinan projek Clever Little Bag ini

Sedikit informasi berkenaan dengan Clever Little Bag yang telah mula digunakan secara meluas bermula 2011 ini. Tujuan beg ini dicipta adalah untuk mengurangkan pengeluaran CO2 dan juga sisa yang banyak dikeluarkan dalam proses pembuatan kotak kasut konvensional. Target PUMA adalah untuk mengurangkan sekurang-kurangnya 25% pengeluaran CO2, penggunaan air, dan juga sisa menjelang tahun 2015.

Penghasilan bag pintar ini juga dapat mengurangkan penggunaan beg plastik dan kertas. Penggunaan beg pintar ini dijangka dapat menjimatkan 8500 tan kertas, 20 juta Megajoules, 1 juta liter air dan juga 275 tan plastik. Pembungkusan yang lebih ringan ini juga dapat mengurangkan kos penggunaan bahan api sewaktu proses penghantaran kasut puma. Hebat bukan? Walaupun inovasi ini nampak macam ringkas tapi banyak kebaikkannya. Psssst lepas ni tengok pembungkusan pintar produk lain pulak ye hehe

cisdel kotak pintar

sumber: beg pintar kasut puma PUMA Vision

Kongsi Artikel

8 Responses to PUMA Clever Little Bag: Pengganti Kotak Kasut yang Sangat Unik

  1. fina fento says:

    effort yang bagus. kena dari syarikat besar mulakan baru yang lain2 ikut..

  2. mak dara says:

    Fuhhhhh cunnn beg tu kan . A very nice entry indeed… btw saya baru aje undi awak di
    Most Funniest Blog!!! all the best..

  3. mzaiemo says:

    Kalau cisdel buat t-shirt, saya mesti beli! haha make sure cute lah.

  4. razfira says:

    wowwww.. ini memang btol2 menarik… tak perlula membazirkan kotak dan beg plastik@ kertas

    harap lepas ni kasut2 lain pon ikut jejak langkah Puma

    Sebab tak mampu nak beli Puma

    kah3

  5. Rasanya mesti ada syarikat lain yang akan follow tren ni..Ada kebaikan juga sebenarnya..hehe

  6. maiden_blush says:

    Cool~ tapi mesti harga kasut tu mahal sbb nak cover kos clever beg ni skali..

    • admin says:

      rasanya harga dia mungkin lebih murah kot, sebab dia dah dapat jimatkan tenaga eletrik, jimat air, jimat kertas dan jimat kos penghantaran sekali

  7. ryda says:

    good inovation..
    tp saya suka kotak cisdel tu.haha

Leave a Reply to maiden_blush Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *