Pemenang Pertandingan Foto National Geographic 2011

Published On 20/12/2011 | By cisdel | Menarik

Jika anda masih ingat beberapa hari lepas kami ada kongsikan koleksi gambar-gambar yang sangat cantik yang dipertandingkan dalam Pertandingan Foto National Geographic 2011. Setelah beberapa hari menunggu akhirnya keputusan pertandingan telah pon keluar. Terdapat 3 kategori kesemuanya iaitu, Nature, People dan Places. Berikut adalah gambar-gamabr yang berjaya memenangi pertandingan berkenaan. Sangat hebat dan menakjubkan anda pasti kagum.

Pemenang Kategori Nature & Grand Prize: Splashing

Nat Geo Winner: Splashing

Splashing oleh Shikhei Goh

Lokasi: Batam, Kepulauan Riau, Indonesia

Ini adalah gambar seekor pepatung yang sedang cuba mengharungi titisan-titisan hujan lebat di Batam, Indonesia. Hakim pertandingan, Amy Toensing berkata seperti boleh merasai pengalaman pepatung itu merempuh hujan lebat. “When I look at it, I want to say, Hold on tight little buddy!”

Pemenang Kategori People: The Fjellman Family

The Fjellman Family

The Fjellman Family oleh Izabelle Nordfjell

Lokas: Arjeplog, Lappland, Sweden

Dengan Satu tembakan, pemburu reindeer mendapatkan makanan untuk keluarganya sepanjang musim sejuk di Sweden. Gambar ini kelihatan sangat tulen dan misteri pada masa yang sama, kata pengadil pertandingan Amy Toensing.

Pemenang Kategori Places: Into the Green Zone

Into the Green Zone

Into the Green Zone oleh George Tapan

Lokasi: Pulau Onuk, Balabac Palawan, Philippines

Gambar ini sangat cantik, walaupun gambar perempuan tu kecil sahaja tapi ia sangat detail dan bermakna. Secara keseluruhannya gambar ini menunjukkan bahawa perkara yang kecil kadang-kala dapat memberi impak yang sangat besar.

Ada beberapa lagi pemenang dan gambar pilihan pembaca yang tidak kurang hebatnya. Kalau nak tengok semua gambar berkenaan macam biasa sila rujuk sumber kami.

cisdel menang foto contest

sumber: laman web rasmi National Geographic Photo Contest 2011

Kongsi Artikel

2 Responses to Pemenang Pertandingan Foto National Geographic 2011

  1. Lizz says:

    gambar 1st memang awesome habislah!!!!

  2. Pingback: Gambar-gambar Penyertaan Pertandingan Foto National Geographic 2012 | cisdel.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *