Pemandangan Bunga Sakura yang Sangat Cantik dan Menakjubkan
Bunga sakura adalah bunga yang sangat cantik dan merupakan satu kebanggaan negara Jepun. Ia menjadi simbol nasional bagi negara tersebut. Kelopak bunga ini berwarna merah muda, terlalu cerah sehingga ia kelihatan seperti warna putih apabila dilihat dari jauh. Ia mempunyai lima kelopak dan bersaiz sangat kecil. Ia akan kelihatan cantik apabila dilihat dengan banyak di pokok-pokok sewaktu musim bunga. Post kali ini kami ingin kongsikan gambar-gambar pemandangan bunga sakura yang sangat cantik dan menakjubkan.
Cantikkan bunga-bunga sakura ini semua. Untuk pengetahuan ia hanya mekar sekali setahun iaitu kira-kira dalam penghujung bulan Mei. Biasanya dalam minggu kedua april masyarakat Jepun akan mengadakan festival sakura untuk melihat kecantikan bunga-bunga yang mekar itu.
Pada tahun 1912, kerajaan Tokyo menghadiahkan 3.000 pohon sakura kepada kerajaan Washington DC untuk ditanam di ibu kota Amerika Syarikat sebagai lambang persahabatan Amerika-Jepun. Orang Amerika menamakan sakura sebagai “cherry blossom”. Pohon sakura ini kemudian ditanam di sepanjang sisi utara Sungai Potomac, khususnya di Taman Potomac, Barat (sumber: saiyukisayuki)
sumber bunga sakura funlogg
tenang je tengok bunga2 ni..
subhanallah..cantikkk
para-para sakura ^^
wah..cantik sangat2 pemandang.. thanks banyak2 ye.. blog ni pun cantik 😀
Pingback: Permandangan Bunga Sakura yang Sangat Cantik dan Menakjubkan.
wow wonderful.macam seindah sakura. cantiknyerrr…
Terima kasih atas perkongsian anda. Teringin nak tengok dan pegang bunga sakura ni dengan tangan sendiri. 🙂