Misi Menyelamatkan Gajah yang Terperangkap dalam Lumpur

Published On 19/12/2011 | By cisdel | Alam, Menarik

Biasanya kami akan kongsikan gelagat-gelagat haiwan yang comel dan menghiburkan di cisdel.com tapi kali ini lain sedikit. Post ini serius hehe. Misi menyelamatkan ibu dan anak gajah yang terperangkap dalam lumpur yang mungkin membawa maut jika tidak dilakukan dengan segera. Alkisahnya, si ibu gajah cuba menyelamatkan anaknya yang terperangkap dalam lumpur tapi malangnya dia gagal dan turut sama terperangkap. Gajah-gajah lain cuba membantu tapi tidak berjaya. Mujurlah pekerja-pekerja pemulihan hutan nampak insiden ini dan cuba membantu kedua-dua ekor gajah berkenaan.

gajah accident 1

kumpulan gajah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anak dan ibu gajah

gajah terperangkap dalam lumpur 2

lumpur tersebut kering dengan cepat dan membuatkan ia semakin sukar

gajah terperangkap dalam lumpur 3

para pekerja berjaya meletakkan tali di bawah anak gajah untuk tariknya keluar

gajah terperangkap dalam lumpur 4

Para pekerja daripada Persatuan Pemulihan Luangwa Selatan cuba menarik anak gajah

Beberapa cubaan untuk menarik keluar anak gajah itu dilakukan tapi anak gajah tersebut seperti meronta-ronta dan mahu bersama ibunya. Setelah mencuba beberapa kali, akhirnya usaha tersebut mendatangkan hasil. Tapi untuk menyelamatkan ibu gajah yang berkali-kali ganda lebih berat akan menjadi tugas yang sangt rumit.

gajah terperangkap dalam lumpur 5

Anak gajah kelihatan seperti menjerit meminta tolong

gajah terperangkap dalam lumpur 6

Usaha menarik anak gajah tersebut

gajah terperangkap dalam lumpur 7

walaupun anak gajah ini hampir lepas, tapi dia seperti mahu kembali ke ibunya

gajah terperangkap dalam lumpur 8

penyelamat menjerit dan melambai-lambai untuk mengelakkan anak gajah kembali ke ibunya

gajah terperangkap dalam lumpur 9

Cubaan terakhir berjaya menarik anak gajah jauh daripada tanah lumpur berkenaan

gajah terperangkap dalam lumpur 10

kegembiraan terpapar bila anak gajah berjaya diselamatkan dan tali dialihkan dari badan gajah

gajah terperangkap dalam lumpur 11

sepupu gajah ni panggil dan dia berlari ke arah kebebasan haha

Alhamdulillah anak gajah berjaya diselamatkan, tapi kini para penyelamat menghadapi tugas getir untuk menyelamatkan ibu gajah pula. Tenaga manusia sahaja tidak mampu nak menarik ibu gajah yang boleh mencecah beberapa tan beratnya. Akhirnya traktor terpaksa digunakan untuk menarik keluar ibu gajah berkenaan.

Menyelamatkan gajah terperangkap dalam lumpur 12

Cubaan menarik ibu gajah

Menyelamatkan gajah terperangkap dalam lumpur 14

Selepas ditarik seinci demi seinci akhirnya kebebasn semakin hampir

Menyelamatkan gajah terperangkap dalam lumpur 15

Si ibu menjerit memanggil anaknya dan kawan-kawan gajah yang lain di sebalik pokok

Menyelamatkan gajah terperangkap dalam lumpur 16

walaupun masih lemah, kekayaan menyelamatkan gajah ini membawa kegembiraan pada semua orang

Menyelamatkan gajah terperangkap dalam lumpur 17

Yeay! Dah selamat. Si ibu gajah berlari ke arah anaknya dan ahli keluarga yang lain

Kejadian ini berlaku di Kapani Lagoon yang terletak di  Zambia. Kedua-dua ekor gajah ini diselamatkan oleh pasukan penyelamat South Luangwa Conservation Society. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang berusaha keras menyelamatkan makhluk ciptaan tuhan yang berada dalam kesusahan ini.

cisdel terharu

sumber: dailymail

Kongsi Artikel

6 Responses to Misi Menyelamatkan Gajah yang Terperangkap dalam Lumpur

  1. cik kiah says:

    teringat cerita wonderpets – misi menyelamatkan anak gajah tersekat dalam lumpur. berjaya dengan bantuan encik badak. hahaha….

  2. Affan Ruslan says:

    Pergh lumpur die, dalam gila.
    Gajah dah la berat, selamat boleh tarik hehe

  3. sickchild72 says:

    walaupun masih lemah, kekayaan menyelamatkan gajah ini membawa kegembiraan pada semua orang HAHAHAHA kekayaan HAHAHAHA

  4. Emmet says:

    hati mulia semua yang tolong selamatkan tu, hehe

Leave a Reply to Emmet Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *