Sebelum ini kami pernah kongsikan koleksi gambar mata manusia yang sangat cantik hasil karya jurugambar Suren Manvelyan. Post kali ini kami nak kongsikan lebih banyak lagi gambar mata yang sangat cantik dan menakjubkan karya jurugambar yang sama. Tapi kali ini beliau dah berjaya mengeluarkan koleksi mata haiwan pula. Jangan risau, semua binatang-binatang berkenaan masih lagi hidup dan tidak dicederakan sepanjang pengambaran.
Gambar Mata Husky Dog
Sedikit info, husky dog atau anjing husky ni anjing yang macam serigala ada kat tempat sejuk seperti Siberia dan sebagainya. Dan biasanya ditugaskan untuk menarik kereta luncur di kawasan yang bersalji tebal. Mata dia memang sebelah lain, sebelah lain kalau tak silap. Lebih info tentang husky ni ada di sini.
Macam mana? teruja tak tengok mata-mata ni semua. Kalau korang ada bela apa-apa binatang cuba la perhatikan dengan teliti mata mereka, mesti cantik. Err tapi jangan la ambil gambar pulak ye, takut jadi apa-apa ke. Gambar di atas diambil oleh profesional dan sangat terlatih. Jangan cuba di rumah, hostel, taman permainan, rumah jiran, rumah cikgu dan sebagainya 🙂
sumber gambar mata behance
gelilah mte siput Bab1…hehe
pehh, lawa tengok. hehe..
mata siput babi yang paling cute hak .. macam mata gary dalam citer spongebob
Teruja…tak nampak taik mata pun..hebatlah!
Mata caiman tu kalau renung lama2 jdi seram plak.