30 Perkara yang Pasti Akan Mengakibatkan Anda Terkena Kejutan Elektrik

Published On 04/08/2011 | By cisdel | Lawak, Trivia

Terkena kejutan eletrik sangat merbahaya dan mungkin boleh mengakibatkan maut. Oleh itu banyak kempen-kempen kesedaran telah diterbitkan untuk mengelakkan daripada ia terjadi. Post kali ini kami ingin kongsikan 30 gambar yang diambil daripada buku terbitan tahun 1931 yang bertajuk “Elektroschutz in 132 Bildern” atau membawa maksud “Keselamatan Barangan Elektrik dalam 132 Imej”

Poster keselamatan eletrik 1

err pastikan anak anda tidak memasukkan apa-apa barang eletrik dalam mulut

Poster keselamatan eletrik 2

err jangan mop atas wayar letrik yang dah terkopek -.-

Poster keselamatan eletrik 3

err jangan la pegang lampu sambil basuh baju -.-

Poster keselamatan eletrik 4

jangan bukak air sambil keringkan rambut.. (zaman dulu kepala paip besi jadi lagi bahaya kot)

Poster keselamatan eletrik 5

Jangan pegang lampu sambil mandi -.-

Poster keselamatan eletrik 6

pemanas air anda mungkin mengalami kebocoran hohoho

Poster keselamatan eletrik 7

jangan cungkil-cungkil barang eletrik

Poster keselamatan eletrik 8

jangan vacum wayar barang eletrik lain -.-

Poster keselamatan eletrik 9

sekali lagi diingatkan, jangan gatal tangan main cungkil-cungkil barangan eletrik hohoho

poster keselamatan eletrik 10

err jangan basuh barangan eletrik yang masih bercucuk plug dia

poster keselamatan eletrik 11

jangan pegang lampu sambil pakai rantai panjang yang boleh terkena mesin telegraf hahaha =.=

poster keselamatan eletrik 12

ok teknologi dia yang ini aku tak dapat nak tafsirkan, sila bantu πŸ™‚

poster keselamatan eletrik 13

ini akibat kalau letak seterika atas baju lama sangat

poster keselamatan eletrik 14

ini pemanas katil ke?

poster keselamatan eletrik 15

jangan pegang lampu meja, letak la atas meja

poster keselamatan eletrik 16

jangan panjang bumbung untuk ambil layang-layang yang dah tersangkut

poster keselamatan eletrik 17

jangan kecing atas kabel eletrik -.-

poster keselamatan eletrik 18

pastikan ekor lembu anda tidak tersimpul pada tiang lampu masa anda tengah perah susu lembu haha

poster keselamatan eletrik 19

pastikan rumput dalam kereta lembu anda tidak terlalu tinggi sanpai anda terkena kabel eletrik

poster keselamatan eletrik 20

jangan kecing pada kabel eletrik yang terputus dan jatuh ke tanah

poster keselamatan elektrik 21

pastikan anda tidak pecahkan lampu dan lepas tu pastikan anak anda tak cucuk plug lampu tersebut

poster keselamatan elektrik 22

yang kat atas tu siren ke lampu? tak kisah la janji jangan pegang haha

poster keselamatan elektrik 23

err ini peti surat ke peti telegram ke peti telefon?

poster keselamatan elektrik 24

jangan bergayut pada tiang lampu masa tengah bersihkan tingkap

poster keselamatan elektrik 26

jika anda seekor tikus, jangan menggatal nak gigit wayar letrik kat rumah orang

poster keselamatan elektrik 26

jangan sambungkan wayar letrik pada tombol pintu untuk pedajalkan orang

poster keselamatan elektrik 27

jangan lap kotak fius ke kotak suis guna kain basah

poster keselamatan elektrik 28

jangan pegang lampu, bahaya!

poster keselamatan elektrik 29

jangan tarik wayar-wayar pada pokok krismas

poster keselamatan elektrik 30

jangan pegang 2 lampu pada katil anda hahaha

Walaupun gambar-gambar ini telah diterbitkan pada tahun 1931 dan dah berusia 80 tahun tapi pesanan dan intipati dalam buku ini masih boleh digunakan sebagai iktibar. Pada masa itu mungkin lebih bahaya kerana kebanyakkan badan barangan eletrik diperbuat daripada besi dan mudah mengalirkan tenaga elektrik tidak seperti sekrang yang kebanyakkannya menggunakan bahan penebat. Yang pasal anak panah tu, kami tak berapa pasti sangat mungkin menunjukkan aliran elektrik pada badan andayeng mengakibatkan kejutan elektik tersebut. Sekian, semoga mendapat manfaat bersama πŸ™‚

cisdel kena elektriksumber: funniez

Kongsi Artikel

15 Responses to 30 Perkara yang Pasti Akan Mengakibatkan Anda Terkena Kejutan Elektrik

  1. Gambar orang kencing atas kabel elektrik tu teringat cerita 3 Idiots.

    Latar masa gambar-gambar ini kebanyakan peralatan pun banyak gunakan logam lagi.

  2. RerameUngu says:

    hmm..info berguna.. anak panah tu utk mentionkan punca arus dan arah tuju arus tu..hehe

  3. Mr.Bintang says:

    hahahaha.. aku tergelak baca caption ko.. :snake_ee:

  4. Ekal says:

    Kalau terkena kejutan elektrik seperti gambar-gambar di atas, kita masih ada 20% untuk hidup (insyaallah) dengan syarat menarik sepantas mungkin kurang dari 0.08 saat, tak sampai 1 saat.

    Teringat kat Hairuman Miskon yang melecur lebih 80 peratus ketika mengait buah kelapa.Kasihan dia.

  5. hadi says:

    Situasi yang bahaya ialah apabila arus elektrik tu mengalir dari tangan kiri ke kanan atau sebaliknya…sebab arus elektrik melintasi area jantung..
    nice share bro..

  6. Ferry says:

    Berbahaya…Danger…?1?

  7. CikguShikin says:

    rasanya gambar yang tak dapat ditafsirkan tu jgn pakai headphone pd alat elektik cthnya laptop atau radio yang guna letrik..cuma alat apa dlm gambar tu xtau la..

    kalau ada kilat terus tutup dan cabut plug brg2 letrik.klu x, msti hbs rosak

  8. lizz says:

    bahahahaha!!! bagus siut. peringatan cara stylo ni gambo ni

  9. Secara kesimpulanya.. Elektrik tidak dpt dilihat tp blh dirasai.. Ia juga mampu memanggang lembu cisdel secara total..ekekeke.. X caya sila cuba tips ni.. Mskkan hairdryer ke dlm besen berisi air kemudian korg mskla dlm besen tu..pastu on kan suis hairdryer tu slps anda mengucap.. Slamt mcuba.. Ekeke

  10. Maryuni Binti Miskon says:

    Assalammualaikum wbt. Saya Maryuni Miskon, kakak kpd Hairuman amat-amat mengharapkan bantuan yang berterusan untuk menampung hidup dan menampung kos perbelanjaan perubatan hairuman. Bantuan telah terhenti sedangkan ubatan masih lagi diperlukan untuk menyembuhkan kesakitannya. Apatah lagi untuk merancang perjalanan kehidupan hairuman yang masih jauh. Hairuman OKU seumur hidup. Sekarang ini dia menjadi pesakit luar di hospital. Keadaan kulit yang melecur blm lagi sembuh, masih pedih, berair dan gatal. Manakala 3 kerat anggotanya telah dipotong, yang tinggal hanyalah 1 kerat iaitu kaki kanan, tetapi masih dalam pemulihan, tidak boleh digunakan untuk berdiri apatah lagi berjalan, kerana kelecuran yang teruk menyebabkan banyak saraf kaki yang rosak. Ini menyukarkan dia untuk menguruskan dirinya sendiri apatah lagi membuat aktiviti, terpaksa mengharapkan bantuan untuk bergerak. Harapan saya dapatlah kalian terus menyebarkan berita tentang hairuman kerana ramai juga yang tidak tahu tentang kisahnya bila berselisih dengan hairuman di tempat awam. Ada juga org awam yang prejudis dan seakan mengejek2 tanpa tahu apa sebenarnya dia jadi begitu. Harap ada insan-insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan untuk menampung kos perubatannya. Tak tertanggung rasanya dengan derita dan kesedihan yang melanda. T.kasih atas sumbangan kalian semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua. Amin….

    Untuk sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke :
    MARYUNI BT MISKON
    MAYBANK A/C : 162030632448
    CIMB A/C : 12570000203529
    atau
    MUHAMAD HAIRUMAN B. MISKON
    CIMB A/C : 12570005386520

  11. Julia Mahir says:

    Pegang troli tesco pun boleh kene electric shock.. Percayalah… Dah byk kali kene.. -___-”
    Xtau mana dtg elektrik kat besi2 tu. Kot2 kene petir masa biar kat luar kot huhu

    • strikeclan says:

      troli sbb ada cas elektrostatik yg ada pada tubuh manusia… biasa akan lebih terasa pd bahagian yg sensitif atau lembut..cth : tgh jari.. akan trasa sdikit mcm kejutan.. =)

  12. assamarqandi says:

    anak panah menunjukkan arus mengalir mengikut bumi. sekiranya kita terpegang arus elektrik akan tetapi kita tidak berada di atas muka bumi, kita tidak akan kena renjatan seperti contoh memakai selipar getah kering. sebab itu wayar bumi cukup penting di setiap barang elektrikal.

Leave a Reply to muhammad fakhruddin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *