Contest Mencari Lembu Cisdel yang Hilang..

Published On 15/08/2010 | By cisdel | Uncategorized

Update: Contest ini telah tamat terima kasih kepada semua yang memberi sokongan

Updated: Hadiah wang tunai telah meningkat 😀
Tarikh tutup contest adalah pada
15 September 2010 22 September 2010
sila baca update terkini tentang contest mencari lembu cisdel di sini

Seperti yang sedia maklum, beberapa hari lepas lembu cisdel telah merajuk dan lari meninggalkan cisdel.com. Untuk kisah yang lebih lanjut sila baca post ini. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk mencari lembu cisdel tetapi tidak berjaya. Kami memerlukan bantuan daripada pembaca semua untuk turut sama mencari lembu cisdel kerana kami tidak mempu mencarinya sendiri.

Untuk menjadikan usaha mencari ini lebih menarik, kami akan mengadakan pertandingan dan hadiah wang tunai akan diberikan kepada pemenang.

Motif contest ini adalah untuk mengenal pasti kemana lembu cisdel telah menghilangkan diri. Terdapat 3 cara-cara untuk menyertai contest ini:

1) Download, Print, Ambil Gambar

  • Download gambar-gambar lembu cisdel dan print (hitam putih pon ok).
  • Fikirkan tempat-tempat strategik dan unik di mana lembu cisdel berada
  • Ambil gambar tempat berkenaan bersama-sama lembu cisdel yang di print sebentar tadi
  • contohnya seperti gambar lembu cisdel di belakang rumah saya yang penuh dengan gadis-gadis cun

2) Download dan Photoshop

  • Download gambar-gambar lembu cisdel
  • Gunakan kepakaran anda menggunakan Adobe Photoshop atau apa-apa software yang berkaitan untuk menggambarkan tempat-tempat yang unik lembu cisdel berada
  • Contohnya gambar lembu cisdel tersangkut di menara berkembar petronas

3) Gambar bebas

  • Cari benda-benda yang berkaitan dengan lembu cisdel dan ambil gambar.
  • Contohnya, anda ambil gambar cawan yang ada tompok-tompok dan katakan lembu cisdel dah kena sumpah jadi cawan

Oleh kerana peminat lembu cisdel terdiri daripada blogger dan juga bukan blogger, kami membahagikan contest ini kepada 2 kategori; versi blogger dan versi bukan blogger.

Contest Mencari Lembu Cisdel Versi Blogger

  1. Terbuka kepada rakyat Malaysia yang mempunyai blog
  2. Pastikan anda telah menjadi peminat cisdel.com
  3. Hanya satu gambar sahaja bagi setiap post dibenarkan Hanya satu gambar utk menunjukkan tempat persembunyian lembu cisdel dibenarkan. Tetapi gambar-gambar lain boleh digunakan untuk membantu penceritaan dll
  4. Gunakan gambar yang telah diambil tadi dan buat satu post khas bertajuk “ … Lembu Cisdel… (gunakan kreativiti anda) janji ada perkataan lembu cisdel..
  5. Pastikan anda link post tersebut ke post contest ini
  6. Sila maklumkan URL post anda di ruangan komen post ini
  7. Post dan gambar yang paling menarik dan kreatif akan memenangi hadiah seperti berikut:
    • Tempat Pertama: RM 100
    • Tempat Kedua: RM 60
    • Tempat Ketiga: RM30
    • 3x Saguhati: RM10

Contest Mencari Lembu Cisdel Versi Bukan Blogger

  1. Terbuka kepada rakyat Malaysia yang menjadi peminat cisdel.com di facebook
  2. Gunakan gambar yang telah diambil tadi dan submit gambar berkenaan di fan page cisdel.com di facebook
  3. Sila tuliskan ” …Lembu Cisdel… (gunakan kreativiti anda)” di bahagian caption
  4. Sila promosikan gambar yang telah dihantar dengan menggunakan function share
  5. Gambar yang paling kreatif dan menarik banyak like akan memenangi hadiah seperti berikut:
    • Tempat Pertama: RM 60
    • Tempat Kedua: RM 30
    • Tempat Ketiga: RM 10
    • Gambar yang paling menarik akan mendapat RM 50

rujuk  update terkini tentang perubahan hadiah contest mencari lembu cisdel di sini

Contest ini akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan tarikh tutup yang lebih tepat akan dimaklumkan di fan page cisdel.com

Jika terdapat sebarang kemusykilan sila ajukan di ruangan komen atau emailkan kepada kami di lembu[at]cisdel.com sekian terima kasih

tips: cara 1 lebih menjamin kemenangan berbanding cara 2 dan 3 😀
p/s: gambar yang dihantar untuk kategori blog tak boleh dihantar untuk kategori facebook. Sila hantar gambar lain ye.. 😀

terima kasih kepada penaja : chokilala.com

Kongsi Artikel

86 Responses to Contest Mencari Lembu Cisdel yang Hilang..

  1. Aku nak sertai contest ni harap2 dpt menang amin… aku dah hantar kat email sekali ni jom tgk..

    http://mahamahu.blogspot.com/2010/08/email-misteri-lembu-cisdel-contest.html

  2. Amirez says:

    akhirnya aku dah jumpa kat mana lembu Cisdel berada eheh

    http://blog.amirez.com/lembu-cisdel-melarikan-diri-ke-australia/

  3. Pingback: Aku Tau Lembu Cisdel Gi Mana | MrPiratz Live Blog

  4. mohdisa says:

    pergh…lumayan…aku nak join la…jap2 sebelum aku cari lembu cisdel…aku kena bertapa dlu…hehe

  5. Omar says:

    terasa cam seronok jer.. nak join la..

  6. Bro aku dah masuk contest tu layak ker atau apa yg perlu aku buat sebab tak ada feedback dari kau pun..

    http://mahamahu.blogspot.com/2010/08/email-misteri-lembu-cisdel-contest.html

    • admin says:

      hohoho sori bro.. aku nak komen kat post hari tu tapi ko tak enable name & url.. tu yang terlupa tu.. aku dah baca post tu dan post tu diterima masuk..

      tq sebab sudi join 😀

  7. shark says:

    saya dh jumpa si cisdel tu
    hahahaa
    skang nk serah pada tuan dia…
    dia skang ada kt kandang saya
    http://c2fil.blogspot.com/2010/09/lembu-cisdel-berjaya-diselamatkn.html

  8. Omar says:

    semasa aku balik rumah semalam aku jumpa lembu cisdel ni.. tapi sikap lembu ni cam pelik sikit.. harap tuan kepada lembu ni dapat cari dia balik..

    http://www.omar.my/2010/09/lembu-cisdel-di-kl-sentral/

  9. iza says:

    Salam…

    Alamak, tak dapat cheq nk join….buat masa ni tak boleh nk download apa2 sbb gatal tangan terdelate IDM.

    • admin says:

      gambar tu kecik je..
      kalau susah2 carik mana-mana post dekat cisdel.com yang ada lembu cisdel.. copy gambar tu je pon boleh 😀

  10. kami says:

    ala tak sempat ler nak edit cisdel picture, kan musim raya ni, ape kata bro lanjutkan sampai abis raya…

  11. Pingback: contest sensation: Lembu Cisdel Baru Bersalin | .encik.SEDAP.™

  12. naem says:

    download link mcm broken jew..naim x leh download la..

  13. nur irwani says:

    salam

    sy da join dis contest 😉

    http://nurtypist.blogspot.com/2010/09/contest-mencari-lembu-cisdel-yang.html

    sudi2x la singgah my blog and comment on dat entry ya if sy ade xikut syarat ke 😉

    diharapkan penyertaan sy diterima

    tqvm ya!! 😉

  14. mien.mien says:

    mien joinned

    http://sneakershighheels.blogspot.com/2010/09/lembu-cisdel-dimana-awak.html

    xbrape nk sure la awk dpt link ke tak.huhu

    • admin says:

      ok dapat.. Thanks sebab sudi join.. Comment ni saya kena approve dulu sebab tu tak keluar tadi..
      Anyway.. Terima kasih lg sekali sebab sudi join 😀

  15. bro..aku ada satu kemusykilan di sini, sama ada nak sponsor skit hadiah atau nak join je contest ni.. hehe menarik contest ni.. nak terlibat sama ar..

    • admin says:

      hohoho kalau sponsor skrg ni dah susah sikit sebab yang join semua dah buat post.. kalau tak boleh sertakan sekali link sponsor dlm post diorang 😀

      tapi kalau sudi sponsor sebarang apa2 benefit kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan hohoho

      kalau nak join kepon ok jugak.. itu pon sangat dialu-alukan =D

  16. Pingback: Cisdel tagteam dengan Snoopy??? | jalanjatuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *