Contest Mencari Lembu Cisdel yang Hilang..

Published On 15/08/2010 | By cisdel | Uncategorized

Update: Contest ini telah tamat terima kasih kepada semua yang memberi sokongan

Updated: Hadiah wang tunai telah meningkat 😀
Tarikh tutup contest adalah pada
15 September 2010 22 September 2010
sila baca update terkini tentang contest mencari lembu cisdel di sini

Seperti yang sedia maklum, beberapa hari lepas lembu cisdel telah merajuk dan lari meninggalkan cisdel.com. Untuk kisah yang lebih lanjut sila baca post ini. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk mencari lembu cisdel tetapi tidak berjaya. Kami memerlukan bantuan daripada pembaca semua untuk turut sama mencari lembu cisdel kerana kami tidak mempu mencarinya sendiri.

Untuk menjadikan usaha mencari ini lebih menarik, kami akan mengadakan pertandingan dan hadiah wang tunai akan diberikan kepada pemenang.

Motif contest ini adalah untuk mengenal pasti kemana lembu cisdel telah menghilangkan diri. Terdapat 3 cara-cara untuk menyertai contest ini:

1) Download, Print, Ambil Gambar

  • Download gambar-gambar lembu cisdel dan print (hitam putih pon ok).
  • Fikirkan tempat-tempat strategik dan unik di mana lembu cisdel berada
  • Ambil gambar tempat berkenaan bersama-sama lembu cisdel yang di print sebentar tadi
  • contohnya seperti gambar lembu cisdel di belakang rumah saya yang penuh dengan gadis-gadis cun

2) Download dan Photoshop

  • Download gambar-gambar lembu cisdel
  • Gunakan kepakaran anda menggunakan Adobe Photoshop atau apa-apa software yang berkaitan untuk menggambarkan tempat-tempat yang unik lembu cisdel berada
  • Contohnya gambar lembu cisdel tersangkut di menara berkembar petronas

3) Gambar bebas

  • Cari benda-benda yang berkaitan dengan lembu cisdel dan ambil gambar.
  • Contohnya, anda ambil gambar cawan yang ada tompok-tompok dan katakan lembu cisdel dah kena sumpah jadi cawan

Oleh kerana peminat lembu cisdel terdiri daripada blogger dan juga bukan blogger, kami membahagikan contest ini kepada 2 kategori; versi blogger dan versi bukan blogger.

Contest Mencari Lembu Cisdel Versi Blogger

  1. Terbuka kepada rakyat Malaysia yang mempunyai blog
  2. Pastikan anda telah menjadi peminat cisdel.com
  3. Hanya satu gambar sahaja bagi setiap post dibenarkan Hanya satu gambar utk menunjukkan tempat persembunyian lembu cisdel dibenarkan. Tetapi gambar-gambar lain boleh digunakan untuk membantu penceritaan dll
  4. Gunakan gambar yang telah diambil tadi dan buat satu post khas bertajuk “ … Lembu Cisdel… (gunakan kreativiti anda) janji ada perkataan lembu cisdel..
  5. Pastikan anda link post tersebut ke post contest ini
  6. Sila maklumkan URL post anda di ruangan komen post ini
  7. Post dan gambar yang paling menarik dan kreatif akan memenangi hadiah seperti berikut:
    • Tempat Pertama: RM 100
    • Tempat Kedua: RM 60
    • Tempat Ketiga: RM30
    • 3x Saguhati: RM10

Contest Mencari Lembu Cisdel Versi Bukan Blogger

  1. Terbuka kepada rakyat Malaysia yang menjadi peminat cisdel.com di facebook
  2. Gunakan gambar yang telah diambil tadi dan submit gambar berkenaan di fan page cisdel.com di facebook
  3. Sila tuliskan ” …Lembu Cisdel… (gunakan kreativiti anda)” di bahagian caption
  4. Sila promosikan gambar yang telah dihantar dengan menggunakan function share
  5. Gambar yang paling kreatif dan menarik banyak like akan memenangi hadiah seperti berikut:
    • Tempat Pertama: RM 60
    • Tempat Kedua: RM 30
    • Tempat Ketiga: RM 10
    • Gambar yang paling menarik akan mendapat RM 50

rujuk  update terkini tentang perubahan hadiah contest mencari lembu cisdel di sini

Contest ini akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan tarikh tutup yang lebih tepat akan dimaklumkan di fan page cisdel.com

Jika terdapat sebarang kemusykilan sila ajukan di ruangan komen atau emailkan kepada kami di lembu[at]cisdel.com sekian terima kasih

tips: cara 1 lebih menjamin kemenangan berbanding cara 2 dan 3 😀
p/s: gambar yang dihantar untuk kategori blog tak boleh dihantar untuk kategori facebook. Sila hantar gambar lain ye.. 😀

terima kasih kepada penaja : chokilala.com

Kongsi Artikel

86 Responses to Contest Mencari Lembu Cisdel yang Hilang..

  1. Affan says:

    lol.
    cisdel!
    yuhuu

  2. Piratz says:

    menarik cara ko buat kontest…

  3. Hadi says:

    kalau ambik gambar dari encik google boleh ? ❓

  4. stormz says:

    menarik contest ni. cm nk join je

  5. Luth Textile says:

    idea baru buat kontes gini bro

  6. Mr Fathi says:

    kalau aku terjumpa and snap gambar cisdel time dia tgh tak puasa,boleh tak?gheehee :grin2_ee:

  7. ejam says:

    aku dh jumpa lama dh lembu cisdel kau…
    tgk nie kat pahlawan walk http://ohmelaka.com/2010/07/03/pahlawan-walk/
    maaf ler aku tak melaporkan segera kpd kau…buat kau risau…hahaha

  8. sickchild72 says:

    haih cam best ; tgu dan lihat

  9. lowwanjak says:

    topo topo..cam best jerk…terasa nk join la plak…kot2 dapat duit raye dari cisdel.hehehe

  10. mrnamie says:

    wah, macam best je ni… hehe

  11. sapitque says:

    haa.. da jumpe dah die.. hehehe!

    http://sapitque.com/blog/?p=1355

    • admin says:

      tq bro sebab sudi join.. tapi tolong edit sikit ye post tu.. tambah link post ni dekat situ.. :smirk2_ee:

      • sapitque says:

        yeah.. orait.. da update.. mekasih la sbb mentionkan perihal itu.. sori.. den ni pelupo..
        :rasberry_ee:

  12. Pingback: Rezeki bulan Ramadhan.. 15 buffered earning... | topotato.com

  13. Amirez says:

    tarikh tutup bila ni topo?
    nak join tapi idea tak dtg2 lg ni..aduyai.
    kurang zat vitamin agaknya byk sgt makan murtabak eheh

    • admin says:

      contest ini berjalan sepanjang bu;an Ramadhan.. updates pasal tarikh tutup nnt aku announce secara besar-besaran.. 😀

  14. landax says:

    Lembu cisdell!!!aku cari kau!!

  15. Pingback: cool lost cat posters | cisdel.com

  16. Wan says:

    haha topo contest yg kreatif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *