Bangku yang Kreatif dan Sangat Cool

Published On 03/08/2010 | By cisdel | Menarik

Dah agak lama rasanya tak kongsikan koleksi-koleksi perabot yang cool di blog ini. Mungkin kerana kekurangan sumber yang bermutu agaknya :D. Kali ini kami ingin kongsikan beberapa koleksi bangku yang sangat unik, kreatif dan cool. Siapa yang kata tak cool dia memang pelik…

1) Spaghetti Bench

Spaghetti Bench

Spaghetti Bench

Jangan salah sangka, bangku ini tidak diperbuat daripada spageti hehehe. Tetapi kalau anda perasan bentuk bangku ini kelihatan seperti gumpalan spageti. Kalau tak perasan tu anggap je la macam ye. Bangku ini adalah hasil kreativiti Pablo Reinoso dari Argentina

2) Wolfgang Keyboard Bench

Wolfgang Keyboard Bench

Wolfgang Keyboard Bench

Jika dilihat dari jauh, tiada apa yang menarik dengan bangku ini. Tetapi pada hakikatnya, bangku ini telah dilekatkan dengan 2000 kekunci yang dicabut satu-persatu. Macam mana? Menarik bukan? Ia sangat sesuai untuk mereka yang geek dan tak boleh berenggang dengan keyboard hehehe.

3) Pencil Bench

Pencil Bench

Pencil Bench

Bangku ini dicipta menggunakan 1600 batang pensel. Apa yang lebih menariknya, setiap batang pensel boleh dicabut dan digunakan seperti biasa. Hohoho mujurlah aku ni pengguna tegar pilot super grip 0.7. Kalau tak rasanya sekejap je habis pensel ni semua

4) Shelves with a Bench

Shelves with a Bench

Shelves with a Bench

Shelves with a Bench ini dicipta oleh Stanislav Katz dari Latvia. Sangat unik, tiada lagi alasan takde tempat untuk membaca hohoho.

5) Tennis Ball Bench

Tennis Ball Bench

Tennis Ball Bench

Ya, bangku ini dibuat sepenuhnya dengan menggunakan bola tenis. Kepada peminat Roger Faderer atau Ryoma Echizen sila la dapatkan bangku ciptaan Tejo Remy dan René VeenHuizen dari Belanda ini

6) Pillow Bench

Pillow Bench

Pillow Bench

Bangku ini dicipta oleh The Mighty Bearcats dari Chicago sempena 2010 NeoCon. Tapi secara personal aku sangat rasa ciptaan ini tidak berguna selain daripada rupanya yang agak cool sahaja.

7) Letter Bench

Letter Bench

Letter Bench

Bangku ini terletak di salah sebuah hospital di Bristol.. (sila google sendiri kat mana Bristol). Ia dicipta berdasarkan poskad sebenar yang dikirimkan oleh bekas pesakit untuk menunjukkan kepada pesakit baru betapa bagusnya hospital berkenaan.. hahaha

8) Solar Bench

Solar Bench

Solar Bench

heheheh bangku ini bukan sahaja terdapat panel solar di atasnya, tetapi apa yang lebih menarik lagi, ia juga merupakan tempat wireless hot spot. Memang satu revolusi baru untuk bangku..

9) Muungano Bench

Muungano Bench

Muungano Bench

Bangku ini adalah hasil kreativiti Peter Thuvander sempena Conceptual Design Exhibition. Jika diperhatikan betul-betul, bangku ini membentuk perkataan Muungano yang bermaksud “union” atau kesatuan.

10) Treetrunk Bench

Treetrunk Bench

Treetrunk Bench

Bangku yang kreatif ini adalah hasil ciptaan Jurgen Bey.

11) Ribs Bench

Ribs Bench

Ribs Bench

Bangku ini dicipta ala-ala berbentuk macam rangka. Ia dicipta oleh Stefan Lie dari Sydney, Australia

12) Nail Bench

Nail Bench

Nail Bench

Bangku ini diperbuat daripada paku-paku lama yang diketuk dia atas kayu. Paku-paku ini kemudian dibengkokkan dan dikilatkan untuk menjadikan ia lebih menarik dan menawan. hasil kreativiti Jay-hyo Lee

13) Newspapers Bench

Newspapers Bench

Newspapers Bench

Pereka bangku ini, Charles Kaisin telah berjaya menukarkan timbunan surat khabar lama menjadi bangku yang unik dan agak tahan.

sumber: odde

Kongsi Artikel

13 Responses to Bangku yang Kreatif dan Sangat Cool

  1. kamarul says:

    cam bes jek kusi bola tenis tu :snake_ee:

  2. suduxx says:

    wahh.. bapak smart.. yg nail bench tu paling smart

  3. akira says:

    hehe..cisdel pon nk msk pertandingan jugak ke?? hehe..comel la lembu tu…

  4. Wan says:

    kat mana ada jual pillow chair tu?
    nak beli lah

  5. mimi says:

    canggih ah diorgn ni kan. 🙂

  6. MM says:

    jgn menyimpang pada tujuan asal krusi itu diciptakan da….

  7. landax says:

    suka tgok bangku nails tu!stylo!

  8. diraja22 says:

    bangku cisdel 2 kena upgrade sikit lg kot..

  9. Nanjirou Echizen says:

    Ryoma lari dari rumah.
    huhuhuhu….. 😕

  10. azizuan says:

    y treetrunk tuh aku seriusy x paham :rasberry_ee:

  11. MIYAOMAR says:

    KREATIF DAN COMEL 😀

  12. nur says:

    nail bench terbaikkk..siottt!!macam nak dudk je kat atas tu… :tongue_wink_ee:

  13. Pingback: Bangku Yang Cool dan Unik | Jiwa Kacau

Leave a Reply to suduxx Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *