Posts under Tag: internet
Ramai yang merungut terutamanya pereka laman web kerana Internet Explorer 6 sangat menyusahkan dan sangat mengada-ngada. Banyak usaha dan kempen yang dijalankan untuk menghapuskan Internet Explorer 6 di muka bumi ini. Usaha yang terbaik setakat ini datangnya daripada Aten Design Group yang mengedakan majlis pengebumian IE6 pada 4 Mac 2010 yang lalu. Berikut adalah beberapa gambar menarik semasa majlis itu..


