Jepun memang terkenal dengan gadget-gadget yang sangat unik, kreatif, comel dan menakjubkan contohnya cuba lihat pada bas sekolah mereka siap ada bentuk haiwan-haiwan comel lagi. Post kali ini kami nak kongsikan satu lagi gadget yang comel dari Jepun iaitu robot mi segera dalam cawan haha. Ia kelihatan seperti mi cawan biasa tapi bila diaktifkan ia mampu bertukar menjadi sebuah robot. Fungsinya? Ia dapat memberikan trivia-trivia menarik tentang mi segera, fakta tentang makanan dan beberapa pergerakkan yang comel. Tapi malangnya ia masih belum mampu untuk masak mi segera sendiri. Read More »
Sesuatu yang biasa jika diubahsuai, make up sikit buat design baru akan kelihatan sangat unik dan kreatif. Khemah kebiasaannya mempunyai satu atau dua warna sahaja dan kelihatan kurang menarik, tapi kali ini kami nak kongsikan koleksi khemah-khemah yang sangat cool rekaan FieldCandy. Bentuk khemah ini sama seperti kebanyakkan khemah segi tiga biasa tapi apa yang unik adalah rekaan corak atau gambar yang terdapat pada khemeh berkenaan. Sangat unik, kreatif dan menakjubkan! Read More »
Kami memang suka kongsikan gambar kucing comel di cisdel.com ini sebab kami tahu para pembaca semua majoriti memang suka melihat gelagat kucing-kucing yang comel dan mencuit hati. Sebelum ini kami pernah kongsikan gambar kucing yang sangat comel meniru gaya artis terkenal. Post kali ini kami ingin kongsikan gambar kucing-kucing comel bermain alat muzik pulak. Tak pasti samada ada benar ataupun photoshop, tapi apa yang pasti mereka memang sangat comel dan awesome
Read More »
Kepada yang tidak tahu apa itu amazon.com, ia merupakan kedai atas talian terbesar di dunia. Mula diasaskan pada tahun 1994 oleh Jeff Bezos dan mula berada di atas talian pada tahun 1995. Sehingga sekarang ia telah diperluaskan ke banyak negara termasuklah United States, Canada, United Kingdom, Germany, France, Italy, Spain, Japan, dan China. Digelar sebagai kedai atas talian paling besar di dunia, pasti tempat simpan barang mereka pon besar juga kan? Post kali ini kami ingin kongsikan gambar suasana di dalam gudang Amazon.com. Read More »
Kami di cisdel.com memang suka untuk kongsikan gambar-gambar yang comel dan kelakar. Sebelum ini kami pernah kongsikan gambar pisang-pisang yang comel dan kelakar, kali ini kami nak kongsikan gambar-gambar buah-buahan lain pula. Buah-buahan ini semua diberikan ekspresi wajah yang comel dan kelakar dan meyampaikan mesej-mesej yang tertentu. Semoga terhibur
Read More »
Kebiasaanya setiap superhero dilukis dengan wajah yang macho dan tampan bergaya manakala penjahat pula nampak ganas dan menakutkan. Tetapi kali ini kami ingin kongsikan bagaimana rupa superhero dan penjahat bila dilukis dengan sangat comel pula. Kami sendiri dah tak dapat beza mana satu superhero dan mana satu penjahat. Walaupun dilukis dengan comel, wajah dan perwatakan masih jelas kelihatan dan sangat menakjubkan. Read More »
Iklan merupakan salah satu cara yang sangat berkesan untuk mempromosi dan meningkatkan jualan produk. Iklan yang unik dan berkesan dapat menarik minat pelanggan untuk membeli produk yang ditawarkan. Post kali ini kami ingin kongsikan koleksi iklan-iklan paling besar di dunia termasuklah iklan billboard, poster, papan tanda, iklan pada bangunan dan sebagainya. Walaupun kos yang diperlukan untuk membuat iklan ini semua sangat tinggi tapi kami pasti ianya sangat berbaloi. Read More »
Pada zaman sekarang ini smartphone atau telefon pintar menjadi topik perbualan yang hangat di bibir setiap orang tidak kiralah sama ada penggemar gadget atau tidak. Penggunaan telefon dan teknologi pintar sudah semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat sekeliling kita. Post kali ini kami bukan mahu kongsikan tentang SmartPhone tapi tentang SmartWatch atau jam tangan pintar pertama di dunia, I’m Watch. Ia dikuasakan dengan Freescale processor IMX233, skrin sentuh 1.54inch dan Android 1.6. Ia juga dilengkapi dengan RAM 64 MB dan 4 GB memori. Read More »
Lukisan cahaya ataupun light painting adalah satu teknik fotografi yang menggunakan shutter speed yang sangat rendah untuk menangkap pergerakkan cahaya. Dengan menggunakan sumber cahaya yang pelbagai dan shutter speed yang rendah serta tahap kreativiti yang tinggi, satu lukisan cahaya yang unik dan menarik dapat dihasilkan. Terimalah, koleksi gambar lukisan cahaya yang sangat unik dan menakjubkan. Read More »
Kita akan menyambut awal Muharam atau Maal Hijrah pada 1 Muharam setiap setiap tahun. Ia merupakan hari bermulanya tahun dalam takwim Hijrah. Ia juga sempena memperingati tarikh penghijrahan Nabi Muhammad saw dari kota Makkah ke Kota Madhinah pada tahun 622 Masihi. Berikut adalah sedikit penerangan bergambar informasi tentang maal hijrah yang disediakan oleh Isma Mesir yang sangat berguna dan berinformasi. Read More »


