Belum pernah kami kongsikan kisah tauladan dalam cisdel.com rasanya. Sebelum ini kami pernah kongsikan komik versi kelakar dan jiwang karat romantika d amor haha. Hari ini sempena Jumaat yang penuh berkat di bulan Ramadan ini jom kita tengok komik versi tauladan pulak. Apa yang kami kongsikan ini adalah kisah tauladan 5 ekor monyet tak tau la betul ke tidak tapi intipati dia sangat berguna dan boleh dijadikan pengajaran. adakah kita sama seperti 5 ekor monyet-monyet ni? Itu anda fahami dan tentukan sendiri
Read More »
Kepada yang tak kenal siapa itu Stormtrooper sila rujuk post sebelum ini, aksi Stormtrooper semasa pergi bercuti. Kalau dah kenal Stormtrooper itu, tahniah diucapkan hahaha. Hari ini kita tambah lagi aksi-aksi menarik Stormtrooper sewaktu dia tak bertugas. Jika sebelum ini dia pergi bercuti, kali ini lebih spesifik lagi dia pergi meluncur ombak. Surfing Trooper, Awesome dude!`~ hahaha Read More »
Ramai yang sedia maklum hari ini 17 Ogos 2011 bersamaan 17 Ramadhan 1432H merupakan hari Nuzul al-Quran. Ia merupakan hari dimana al-Quran diturunkan kepada Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Bersempena dengan itu. post hari ini kami ingin kongsikan antara tanggungjawab-tanggungjawab seorang muslim terhadap al-Quran versi doodle yang sangat comel. Doodle ini semua diambil daripada owhsomuslim.com. Read More »
Menjelang Hari Raya tak lama lagi ni pasti ramai yang sibuk shopping nak beli sofa design raya, baju design raya, kasut raya dan macam-macam benda lagi yang raya. Raya kan setahun sekali jadi semua benda mestilah di tukar, sofa design terkini baju fesyen baru dan lain-lain hahaha. Untuk memudahkan anda, kami akan kongsikan satu sofa design yang sangat menarik dan praktikal. Kalau korang tengok mesti kagum punya betapa hebatnya sofa ini. Read More »
iPhone memang merupakan gadget mobile yang paling popular masa kini. Banyak aksesori-aksesori iPhone yang menarik dan unik dihasilkan untuk menambahkan seri pada sesebuah iPhone. Antara aksesori yang sering digunakan adalah iPhone Case atau Housing. Sebelum ini kami pernah kongsikan gambar iPhone case berbentuk tangan yang unik, menarik dan sedikit menggelikan. Kali ini kami nak kongsikan iPhone case versi DIY yang sangat cool pulak. Read More »
Di Malaysia memang ada ramai doodler, doodlist, pendoodle yang berbakat. Sebelum ini kami pernah memperkenalkan sayadoodle yang banyak melukis doodle-doodle yang jiwang karat dan romantik katanya. Kali ini kami nak kongsikan satu projek oleh Satu Hari Satu Doodle (SHSD) << aku bagi nama sendiri SHSD tu hoho dah macam Girls Generation SNSD plak. Pojek doodle sempena bulan Ramadhan ini adalah berkaitan dengan amalan-amalan yang patut diamalkan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Read More »
Tak perlu rasanya nak memperkenalkan siapa atau apa itu angry birds yang semestinya sudah semakin popular sekarang ini. Kami sendiri di cisdel.com pernah memaparkan beberapa post yang berkaitan dengan angry birds. Jika sebelum ini kami pernah paparkan koleksi gambar star wars versi angry birds, kali ini kami nak kongsikan superhero versi angry birds pulak. Ada ramai superhero yang terlibat termasuklah wolverine, cyclops, Hulk dan lain-lain lagi. Read More »
Ada macam-macam muzium dekat dunia ni; Muzium mainan ada, muzium samudera ada, muzium setem ada, muzium duit pon ada haha. Tapi kali ini kami nak kongsikan gambar muzium yang dinding dia dipenuhi dengan duit $1USD sampai mencecah $100, 000 haha. Ia adalah sebuah bilik di Muzium Guggenheim dan memang ada duit je kat dinding bilik tu, benda lain semua takde. Bilik tu adalah sebagai penghargaan kepada seorang artis, Hans-Peter_Feldmann yang telah banyak berjasa dalam bidang seni kontemporari. Nak tengok macam mana rupa bilik yang dipenuhi dengan duit? hahaha Read More »
Propaganda atau propa membawa maksud penerangan atau penyiaran (ideologi, faham, pendapat dll), ideologi atau pendapat yg dihebahkan utk mempengaruhi orang ramai (Kamus Dewan Edisi Ke 4). Macam ia erkaitan dengan post ini? Itu korang tafsir la sendiri ye hehehe. Social Media merupakan satu fenomena yang semakin berleluasa sekarang ini. Semakin ramai orang yang dah mula terjebak dengan social media ini yang diterajui oleh beberapa kuasa utama termasuklah Facebook, twitter dan yang baru nak naik Google+. Post kali ini kami ingin kongsikan poster-poster social media versi propaganda yang agak cool. Semoga terhibur. Read More »
Bowling adalah satu permainan yang mudah dan menyeronokkan. Ia juga sering kali dijadikan sebagai hobi untuk mengisi masa lapang bersama keluarga dan rakan-rakan. Terdapat banyak jenis dan rekaan bola bowling yang ada tapi kali ini kami nak kongsikan gambar yang pelik sedikit. Gambar bola bowling yang pelik dan menakutkan. Peringatan awal, jika anda rasa anda lemah semangat atau kurang keberanian sila jangan baca post ini
Read More »


