Rekaan Rumah Futuristik yang Dikuasakan Oleh Tenaga Ombak

Published On 24/09/2014 | By cisdel | Gajet & Teknologi

Seorang pereka dan arkitek, Margot Krasojević baru-baru ini telah memperkenalkan satu rekaan rumah futuristik yang dijana kuasanya dengan menggunakan tenaga daripada ombak. Ia mempunyai 2 turbin. 1 bertindak balas kepada gelombang dengan memampatkan udara dan mencipta arus elektrik yang sama konsepnya dengan turbin angin; dan satu lagi turbin menggunakan magnet yang bergerak melalui tiub wayar tembaga untuk menjana arus elektrik bila ombak masuk melalui corong turbin berkenaan. Selain itu, ia juga mempunyai panel solar yang digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik ke kawasan ruang tamu. Mari kita lihat bagaiman rupa rekaan konsep rumah yang sangat berteknologi tinggi ini.

rumah futuristik

rumah futuristik

Kalau takut dilambung ombak

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

rekaan konsep oleh Margot Krasojevic

rekaan konsep oleh Margot Krasojevic

rekaan keratan rentas

rekaan keratan rentas

pandangan sisi

pandangan sisi

Bersantai di bawah turbin

Bersantai di bawah turbin 2 dalam satu, boleh jadi kipas sekali

rumah kuasa ombak

rumah kuasa ombak

Macam mana cantik bukan rekaan dia. Kala ia benar-benar dapat direalisasikan maka makin banyak la orang yang berani nak berumah di tepi pantai. Tak perlu takut lagi untuk dilambung ombak.

cisdel rumput segar

sumber: web rasmi Margot Krasojević via mymodernmet

Kongsi Artikel

3 Responses to Rekaan Rumah Futuristik yang Dikuasakan Oleh Tenaga Ombak

  1. USUI says:

    aik? macamana nak tinggal dalam rumah tu? bahagian dalaman rumah tak bagi nampak pun… bersantai bwh kipas tu, kang kipas putar, tak naya ke?

  2. ngurah janardana says:

    saya bantu share di fb,,,

  3. luthfi says:

    Wouww..apakah rumah asli?

Leave a Reply to USUI Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *