Kafe Berbentuk Seperti Kamera Rolleiflex di Korea

Published On 08/04/2014 | By cisdel | Senibina Menarik

Para peniaga akan melakukan pelbagai perkara yang unik untuk menarik perhatian dan menarik pelanggan untuk datang ke kedai mereka. Tak kiralah dari segi layanan, menu yang menarik ataupun rekaan kedai mereka sendiri jika ia unik dan menarik pasti ramai yang akan berkunjung ke kedai berkenaan. Kali ini kami nak kongsikan sebuah kafe yang sangat unik di Korea. Terletak di Seoul Korea, kafe yang diberi nama Dreaming Camera Cafe ini mempunyai bentuk seakan-akan kamera klasik Rolleiflex yang sangat unik. Walaupun anda bukan peminat fotografi anda pasti akan terpegun melihat rekabentuk kafe ini, jom kita tengok.

Dreaming Camera Cafe

Dreaming Camera Cafe

pandangan dari luar kafe

pandangan dari luar kafe

rekabentuk dalam kafe

rekabentuk dalam kafe

banyak betul kamera

banyak betul kamera

pemandangan di waktu senja

pemandangan di waktu senja

cakkk! ada orang kat dalam

cakkk! ada orang kat dalam hehe

Macam mana? Hebat bukan? Pada mulanya kami fikirkan ia hanyalah imej janaan komputer sahaja tetapi setelah diselidik memang terbukti kafe ini benar-benar wujud. Jadi sekiranya anda berpeluang untuk melawat Korea satu hari nanti, jangan lepaskan peluang untuk melawat kafe ini 🙂

cisdel kedaisumber: mymodernmet

Kongsi Artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *