10 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2013

Published On 01/01/2014 | By cisdel | Menarik

Selamat tahun baru kami ucapkan kepada semua pembaca cisdel dan peminat tegar lembu cisdel sekalian. Kami doakan agar tahun 2014 ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini. Dikesempatan ini juga kami ingin memohon ribuan ampun kerana tidak begitu aktif menghasilkan post-post baru di cisdel sepanjang 2013 atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan> Tetapi kami sangat berterima kasih kerana anda masih menyokong kami hingga hari ini. Seperti biasa pada hari pertama setiap tahun kami persembahkan senarai post paling menarik di cisdel.com sepanjang tahun lepas. Jom kita tengok post-post berkenaan.

1) Komik Motivasi Untuk Menaikkan Semangat dan Memberi Anda Inspirasi

inspirasiSetiap orang memerlukan sumber motivasi untuk menaikkan semangat dan memberi anda inspirasi dalam melakukan apa jua pekerjaan. Motivasi yang baik perlu buat setiap individu bagi memastikan prestasi dan momentum untuk melakukan apa juga perkara dapat dikekalkan pada tahap yang maksimum. Jom kita lihat komik-komik yang sangat menarik dan boleh membrikan anda motivasi dan inspirasi

2) Snoopy: Kucing Comel yang Pandai Bergaya

Saya kucing yang comel hehe

Kucing comel ini bernama Snoopy dan dia berasal dari China. Dalam post ini kami kongsikan banyak gambar-gambar comel Snoopy beraksi dengan pelbagai kostum dan topi yang menarik. Geram je tengok gelagat comel snoopy ni siap buat muka kesian bagai hehe

3) Gambar Hidangan Terakhir untuk Pesalah Hukuman Mati

permintaan terakhir pesalah

Kebiasaannya orang yang akan menjalani hukuman mati akan diberikan satu peluang untuk menikmati hidangan terakhir pilihan mereka sebelum hukuman dijalankan. Post kali ini kami kongsikan koleksi 10 gambar hidangan terakhir yang dipesan oleh pesalah yang bakal dijatuhi hukuman mati.

4) Gelagat Budak Perempuan Comel dengan Kucingnya

budak perempuan comel dengan kucing yang comel

Dalam post ini kami kongsikan kepada anda gambar-gambar gelagat budak comel, Katherine dari Rusia bersama dengan kucing comelnya, LiLu Blue Royal Lada. Kedua-duanya mempunyai chemistry yang sangat baik dan membuatkan setiap gambar nampak begitu hidup dan menarik. Jom kita tengok gelagat mereka.

5) Makhluk Comel yang Diperbuat daripada Makanan Seharian

lada comel

Dalam Projek yang diberi nama Brincando Com a Comida (Playing With Food) ini, seorang jurugambar dari Brazil bernama Vanessa menghasilkan pelbagai makhluk comel daripada makanan seperti ubi kentang, kacang pis, roti dan sebagainya.

6) Koleksi Gambar Ular yang Sangat Cantik dan Mengagumkan

gambar ular yang cantik dan comel

Walaupun ular adalah haiwan yang merbahaya, tapi kami percaya ramai yang suka tengok gambar-gambar ini. Pelbagai corak ular yang ada dan pasti ada yang menarik minat anda hehe. Untuk pengetahuan anda koleksi gambar-gambar ini diberi nama “Serpentine” diambil oleh seorang jurugambar yang bernama Mark Liata.

7) Kokeshi: Mancis Buatan Jepun yang Sangat Comel!

Mancis comel dari Jepun

Post kali ini kami nak kongsikan kepada anda koleksi mancis comel pula yang diberi nama Kakeshi. Kali pertama kami nampak mancis ini memang dah cukup mengagumkan kami. Bahagian kepala mancis berkenaan direka dengan pelbagai karakter kartun yang sangat comel. Jom kita tengok dan nikmati sendiri kecomelan mancis ini.

8) Koleksi Gambar Haiwan Terkejut

Burung helang terkejut

Dalam post ini kami kongsikan pelbagai gambar koleksi haiwan comel terkejut yang sangat menarik dan menghiburkan. Terdapat banyak gambar haiwan comel dalam koleksi ini termasuklah kucing, anjing, gajah, badak air dan banyak lagi. Semoga anda terhibur.

9) Kucing Comel Berlagak Liar dalam Iklan Whiskas

kucing comel jadi liardalam post ini  kongsikan satu kempen iklan makanan kucing terkemuka, Whiskas yang bertajuk “Little Big Cat”. Dalam kempen iklan ini ia menunjukkan bahawa walaupun kucing anda kelihatan jinak dan comel, sebenarnya mereka juga mempunyai naluri yang sama seperti kucing besar haha jom kita tengok kempen iklan ini.

10) The Muslim Show: Komik Motivasi yang Sangat Berguna untuk Orang Muslim

The Muslim Show

Dalam post ini kami kongsikan kepada anda satu komik yang dilukis oleh umat Islam di Perancis. Komik yang bertajuk The Muslim Show ini berkisarkan tentang pahit getir dan cabaran hidup umat Islam di negara bukan negara Islam seperti di Perancis. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Dalam 10 post di atas pasti ada yang menjadi kegemaran anda juga kan? Bagi kami sendiri, kami paling suka post budak perempuan comel dengan kucing comelnya itu kerana kami memang gemarkan foto-foto seperti itu. Sekali lagi kami ingin mengucapkan terimak asih kepada semua pembaca yang menyokong kami sepanjang tahun 2013. Doakan kami akan dapat memberikan post yang lebih baik dan menarik pada tahun 2014 ini nanti. terima kasih 🙂

Kongsi Artikel

One Response to 10 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2013

  1. jeremysmart says:

    Wah, Selamat tahun baru 2014 bro ! Semoga makin sukses… Aamiiin.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *