Poster Kempen yang Sangat Comel Mengutuk Perkhidmatan Storan Awan

Published On 12/06/2013 | By cisdel | Iklan Menarik

Dengan adanya perkhidmatan storan awan atau cloud storage untuk menyimpan fail yang semakin popular sekarang ini, penggunaan external hard disk mungkin akan semakin dipinggirkan. Oleh sebab yang demikian, sebuah syarikat pengeluar hard drive, Lacie telah melancarkan satu kempen menceritakan kebaikan cakera keras dan mengutuk kekurangan perkhidmatan storan awal secara sangat comel dan kelakar. Jom kita saksikan kempen comel ini.

hilang data

perkhidmatan storan awan akan menyebabkan anda kehilangan data tanpa anda mengetahuinya

tanpa internet

tanpa internet anda tidak boleh nak menggapai awan hehe

terdedah pada penggodam

perkhidmatan storan awan terdedah pada ancaman penggodam

masa yang lama

perkhidmatan storan awan akan mengambil masa yang lama untuk mencapai fail yang bersaiz besar

Macam mana comel bukan? Kreatif betul orang yang bertanggungjawab pada kempen ini haha. Setiap perkhidmatan mempunyai kebaikan dan kelemahan mereka sendiri tak kiralah perkhidmatan storan awan mahupun cakera keras. Kita sebagai pengguna harus mengkaji mana yang terbaik dan sesuai dengan keperluan kita.

cisdel main awan

sumber: adsoftheworld

Kongsi Artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *