Playground – Kempen Iklan yang Positif untuk Menikmati Alam Sekitar
Kita sering kali dapat melihat pelbagai papan tanda larangan di taman atau di tempat-tempat rekreasi yang lain. Larangan seperti “jangan pijak rumput”, “tidak boleh mengambil gambar” dan sebagainya membuatkan kita rasa terkongkong untuk menikmati keindahan alam. Post kali ini kami nak kongsikan satu kempen yang sangat menarik dan berkesan untuk menarik minat orang ramai menikmati keindahan alam semulajadi. Kempen yang diberi nama “Nature’s Playground” ini sangat bertentangan dengan pelbagai papan tanda larangan yang sering kelihatan di taman-taman. Melalui kempen ini, orang ramai digalakkan untuk bermain di atas rumput, mengambil gambar dan menikmati alam semulajadi.

dok atas rumput diam-diam

gambar yang diambil dari tempat ini kelihatan sangat cantik

kekal pada laluan, tapi boleh je kalau nak pi menjelajah tempat lain

anda perlu ini untuk melihat yang banyak hidupan liar di kawasan ini

perasan bunga liar yang cantik ini semasa anda berjalan. Ambil gambar, hidu dan nikmati hari anda

sila duduk di sini

pastikan telefon bimbit anda dihidupkan supaya anda boleh check in dan tweet

dikhaskan untuk keseronokan dan permainan

sila pegang pokok ini dan kalau boleh peluk dia sekali
Kami tengok papan tanda ni je pon kami dah rasa seronok dah nak duduk-duduk bersantai di taman ini. Kempen ini direka oleh The Click Design untuk National Trust England. Kami percaya kempen ini adalah sesuatu yang sanagt bagus dan boleh dipraktikkan di negara kita Malaysia.
sumber: ufunk