Sky City: Bangunan Paling Tinggi di Dunia Mengambil Masa Hanya 3 Bulan untuk Disiapkan
Umum mengetahui bahawa bangunan paling tinggi di dunia sekarang ini adalah bangunan Burj Khalifa yang terletak di Dubai. Bangunan yang mempunyai ketinggian 829.3 meter telah siap dibina pada 1 Oktober 2009 dan mengambil masa lebih kurang 5 tahun. Tetapi, tidak lama lagi sebuah lagi bangunan pencakar langit akan dapat menandingi Burj Khalifa itu. Bangunan berkenaan diberi nama Sky City dan sedang dibina di China. Selain daripada ketinggian yang mencecah 838 meter, apa yang lebih menariknya tentang bangunan ini adalah masa yang diambil untuk membinanya hanyalah 3 bulan sahaja! Jom kita tengok bagaimana rupa “kota langit” ini.

sky city

pandangan dari bawah bangunan

untuk mengurangkan pelepasan CO2, mekanisme untuk melindungi daripada solar terlampau akan dipasang

taman di bahagian atap

pokok, pokok, dan lebih banyak pokok lagi

pandagan dari atas

pandangan dari atas lagi

sky city yang kacak

mega tower ini akan didirikan di landskap semula jadi

pandangan di waktu malam

grafik yang menunjukkan garis masa bangunan ini disiapkan

perbezaan tinggi Sky City dengan bangunan pencakar langit yang lain
Bangunan ini telah mula dibina pada bulan Mac 2013 dan dijangka akan siap pada bulan hadapan (Jun 2013) dengan tempoh masa keseluruhan untuk menghasilkan bangunan ini hanyalah selama 7 bulan sahaja. Walaupun mengambil masa yang singkat, bangunan 220 tingkat ini mempunyai daya tahan yang sangat kukuh sama seperti bangunan pencakar langit lain yang mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan.
sumber: designboom
fuuuuuhhyoooooooooooooo~ bangunan tuh sepenuhnya cermin ke? bangunan jenis apa tuh? sykt? apartment??? taman pulak atas puncak bngn tuh?? fuuuyoooooooooo gayat nihh…
Tetapi selepas ini ada menara lagi tinggi daripada Sky City iaitu “Kingdom Tower” . Kingdom Tower sekarang dalam pembinaan . Ia terletak Di Jeddah . Pembinaan bermula pada 1 April 2013 . Ketinggiannya ialah 1,000 m .