Bola Kampung The Movie: Satu Lagi Filem Animasi Tempatan yang Hebat
Bola Kampung bermula sebagai satu siri animasi tempatan yang dihasilkan oleh Animasia Studio. Pada mulanya ia ditayangkan di tv1 dan kemudiannya berpindah ke tv9 sehingga sekarang. Selain daripada ditayangkan di Malaysia, ia juga dialih bahasa kepada Bahasa Inggeris dan ditayangkan di 16 buah negara menerusi Disney Channel. Selepas ditayangkan selama 4 musim kini Animasia Studio mengorak satu lagi langkah dengan mewujudkan filem 3D yang bertajuk Bola Kampung The Movie dengan kerjasama Young Jump Animation.
Filem yang akan ditayangkan pada 21 Mac 2013 nanti menelan belanja sehingga RM 6 Juta dan menggunakan suara pelakon, penyanyi dan selebriti terkenal tanah air termasuklah Ezlynn, Afdlin Shauki, Marsha, Datuk Aznil Hj Nawawi, Aizat dan ramai lagi. Filem Bola Kampung The Movie ini dihasilkan dengan kualiti yang sangat cantik sesuai peringkat kualiti antarabangsa. Ini menjadikan filem ini setaraf dengan filem animasi antarabangsa yang lain.

Screen Shot 1

Screen Shot 2

Screen Shot 3

Screen Shot 4

Screen Shot 5

Screen Shot 6

Screen Shot 7

Screen Shot 8

Screen Shot 9

Screen Shot 10

Screen Shot 11
Sinopsis Bola Kampung The Movie
Amanda, seorang puteri dari dunia permainan maya “Kingdom Hill” telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari sang wira bergelar “Suria Warrior” untuk menyelamatkan Kingdom Hill yang sedang diserang virus.
Setibanya di Kampung Gong Lechar, Puteri Amanda telah kehilangan ingatan dan berkawan dengan wira-wira Bola Kampung seperti Iwan, Azizul, Sabok, Kumar dan kawan-kawan. Iwan pula salah anggap Puteri Amanda adalah sepupunya yang sedang bercuti sempena cuti persekolahan dan terus memperkenalkan Puteri Amanda kepada kawan-kawannya.
Tanpa disedari, seorang penjahat dari Kingdom Hill juga telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari dan membawa pulang Puteri Amanda.
Setelah beberapa hari, ingatan Puteri Amanda beransur pulih, sedikit demi sedikit. Puteri Amanda kemudian menyedari bahawa Sabok ialah Wira “Suria Warrior” yang dicari-carinya selama ini. Malang sekali, Puteri Amanda telah ditangkap dan dilarikan oleh penjahat itu dan dipaksa untuk pulang ke dunia permainan maya, Kingdom Hill.
Iwan dan rakan-rakan bersetuju membantu menyelamatkan Puteri Amanda dan kerajaannya. Mereka kemudian memasuki dunia maya, Kingdom Hill, dengan usaha untuk menyelamatkan Puteri Amanda, sekaligus menghancurkan niat jahat Lord Vilus untuk menakluki kerajaan Kingdom Hill.
Watak dalam Bola Kampung The Movie

Iwan (suara: Ezlynn)

Sabok (suara: Afdlin Shauki)

Azizul (suara: Harris Alif )

Lord Vilus (suara: Datuk Aznil Nawawi)

Puteri Amanda (suara: Marsha Milan)
Selain daripada meminati siri animasi Bola Kampung, apa yang membuatkan kami tertarik dengan filem animasi ini adalah gabungan antara elemen bola sepak dan juga robot mecha yang memang menjadi kegemaran kami. Nak bawa anak-anak pi menonton pon elok juga kerana memang waktu cuti sekolah masa tu hehe. Jadi akhir kata marilah menonton filem Bola Kampung The Movie ini dan menyokong industri perfileman tanah air.
Anda juga mungkin boleh cuba download aplikasi permainan Bola Kampung Robokicks untuk iOS dan juga Android, sila layari web rasmi bola kampung the movie untuk keterangan lanjut
Maaf tiada poster lembu minggu ini seperti poster Lemb O0! 2 minggu yang lepas, minggu depan ye 🙂
color dan grafiknya sangat menarik, kanak-kanak mesti suka ni, tapi orang besar macam saya pun tidak kurang minatnya 🙂
nampak menarik juga kan… filem animasi kedua kot dari Malaysia selepas Geng (Upin Ipin)
kalau animasi 3d ini mungkin yang ketiga kot sebab ada seafood.
kalau filem animasi ni dah banyak dulu ada silat lagenda, ada bawang putih bawang merah dan mungkin ada beberapa lagi yang tak ingat