Poster Filem Lemb Oo! Lembu Rimba Kembali

Published On 01/03/2013 | By cisdel | Lawak

Masih ingat lagi pada post “Bila Tajuk Filem Ditukar Menjadi Lembu” yang pernah kami kongsikan beberapa tahun lepas? Dalam post berkenaan kami ada kongsikan 4 poster filem yang telah ditukar menjadi lembu hehe. Hari ini setelah sekian lama kami nak mulakan semula projek berkekaan. InsyaAllah kalau ada kelapangan selang satu Jumaat kami akan kongsikan satu poster filem yang dilembukan hehe. Dengan tidak melengahkan masa mempersembahkan… Lemb Oo! Lembu Rimba Kembali.

poster filem lemb oo

Poster Filem Lemb Oo!

Sinopsis: Filem ‘LEMB Oo!’ merupakan kesinambungan LEMB yang memaparkan kisah kehidupan kumpulan Lembu Rimba yang telah berpecah dan kini bersatu semula. Semangat ahli kumpulan Lembu Rimba terpupuk semula dan mereka bertekad untuk meneruskan perjuangan di ibukota dan di kampung. Mereka harus mencari jalan penyelesaian untuk setiap rintangan yang datang bagi merealisasikan impian mereka untuk menjadi kumpulan lembu yang terkenal di persada lembu tanahair.

Suka dengan post ini? Nantikan 2 minggu yang akan datang untuk filem lain pula yang akan dilembukan.

Penafian
Lemb Oo! Diilhamkan daripada filem Rock Oo! Hasil karya Mamat Khalid dan diterbitkan oleh Grand Briliance. Kami tidak berniat untuk melanggar mana-mana hakcipta, hanya untuk turut sama mempromosikan filem berkenaan dalam versi yang berbeza. Sekian

Kongsi Artikel

15 Responses to Poster Filem Lemb Oo! Lembu Rimba Kembali

  1. Orang Akaun says:

    ana mohon para lembu jangan rock sangat. ingat Tuhan. ingat mati sama..

  2. rock gitu…

    dlm dalam hati ada taman

    hehehe

  3. muz says:

    klu crita cisdel di animasikan msti best..

  4. fiezaradzi says:

    ni pelakon dia sorang, pegang watak byk2 ke? hehe

  5. auc says:

    Macam menariknya
    tertunggu apa perkembangan selepas ni :)

  6. hafizmd says:

    Ambe syak citer ni bakal boxopis nanti..

    Ambe tunggu dulu apa nak jadi ngn lembu2 ni…ok ke ko…keh3

  7. hafizrahim says:

    haha..sempoi punya poster..mamat khalid tengok sure berdarah hidung.hehe

  8. daddydee says:

    Kreatif yang amat. Terbaik lah bro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *