20 Fakta Menarik Tentang Semut

Diterbitkan Pada 25/01/2013 | Oleh cisdel | Trivia

Dah agak lama kami tak kongsikan post berkenaan dengan fakta haiwan dan serangga. Jika sebelum ini kami pernah kongsikan fakta-fakta menarik tentang lipas, lembu, kucing, gajah dan lebah kali ini kami nak kongsikan 20 fakta menarik tentang semut pula. Mungkin ada yang ada ketahui dan mungkin juga ada yang akan mengejutkan anda. Jadi sila baca setiap satu dengan teliti dan cuba fahamkannya ye.semut 20 Fakta Menarik Tentang Semut

  1. Ada lebih 12, 000 spesies semut di seluruh dunia.
  2. Semut sebenarnya kerap tidur dan agak pemalas. Walaupun kita sering dengar tentang kisah semut yang rajin dan tidak tidur tetapi kajian terhadap pola tidur semut api membuktikan sebaliknya. Semut api tidur 253 kali sehari dan purata setiap sesi adalah selama 1.1 minit bersamaan lebih kurang 4.8 jam sehari. Ratu semut pula tidur 92 kali sehari dengan purata masa setiap sesi adalah selama 6 minit bersamaan 9.4 jam sehari.
  3. Semut tidak mempunyai telinga. Ia “mendengar” dengan menggunakan getaran yang dirasai menggunakan kakinya.
  4. Ratu semut mempunyai sayap, sayap berkenaan akan gugur apabila mereka membina koloni baru.
  5. Apabila ratu semut mati, koloninya itu hanya boleh bertahan selama beberapa bulan sahaja. Ratu jarang digantikan dan pekerja tidak dapat membiak.
  6. Ratu memberi telur makan air liurnya.
  7. Semut boleh hidup sehingga mencecah usia 30 tahun.
  8. Kajian tentang semut dipanggil Myrmecology.
  9. Nisbah diantara manusia dengan semut adalah 1 juta semut bagi setiap manusia
  10. Otak semut mempunyai kira-kira 250,000 sel-sel otak.
  11. Deria bau semut adalah sebaik deria bau anjing
  12. Semut boleh mengangkat beban sehingga 50 kali berat badannya dan meletakkanya di atas kepala. Ia tidak menggunakan kaki untuk mengangkat, sebaliknya hanya menggunakan mulutnya.
  13. Semut adalah antara makhluk terkuat di dunia jika dibandingkan dengan saiznya
  14. Semut penuai Maricopa ( Maricopa hrvester ant) mempunyai sengatan yang sama seperti 12 ekor lebah.
  15. Hampir semua semut yang anda lihat adalah betina. Semut jantan atau Drone, tidak melakukan apa-apa kerja, mereka tidak kelihatan seperti semut dan hanya hidup untuk beberapa bulan semasa musim mengawan. Kerja dia hanyalah untuk mengawan dengan ratu semut dan selepas itu ia akan mati.
  16. Semut mempunyai 2 perut, satu untuk menyimpan makanan untuk diri mereka dan satu lagi untuk semut lain. Anda mungkin ada melihat semut seperti mencium semut lain, ia sebenarnya adalah proses pemindahan makanan yang dipanggil trophallaxis. Ia membolehkan semut menjaga sarangnya pada masa yang lain mencari bekalan makanan
  17. Semut boleh hidup di semua benua kecuali Antartika. Ia dapat hidup dalam keadaan extreme tetapi Antartika adalah terlalu sejuk bagi mereka
  18. Koloni semut terbesar yang dijumpai adalah selebar 6000 kilometer.
  19. Musuh terhebat semut adalah bukan manusia tetapi semut lain. Semut dari koloni berbeza (walaupun sama spesis) akan menyerang koloni lain untuk merampas makanan dan menjadikan yang kalah sebagai hamba.
  20. Ratu semut mengawan sekali sahaja – sebelum membina koloninya. Ia kemudiannya boleh menyimpan sperma sehingga 15 tahun dan menghasilkan lebih 300 juta anak.
    drone alate ant labeled 20 Fakta Menarik Tentang Semut

Macam mana hebat bukan makhluk ciptaan tuhan yang bernama semut ini. Walaupun tubuhnya kecil tetapi ia mempunyai tugas dan keistimewaan mereka sendiri. Oleh itu janganlah sesekali memperkecilkan atau mempertikaikan wujudnya sesuatu di muka bumi ini. Ada banyak lagi fakta yang kurang menarik di sumber kami, kalau rajin sila la melawat. Yang menarik kami dah paparkan di sini hehe.

cisdel kaji semut 20 Fakta Menarik Tentang Semut

sumber: funshun, antark

Kongsi Artikel

3 Responses to 20 Fakta Menarik Tentang Semut

  1. sharafie berkata

    tak perlah pulak aku tahu…memang menarik semut ni..tapi tu semut api dengan semut penuai..kalau semut ipoh macam mana?? Sama jugak yer?

  2. Juan berkata

    best plak baca kisah semut nih

  3. maestro amad berkata

    gilo dasyat kan info ni.menarik baca.hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>