12 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2012
Rasanya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca setia cisdel.com. Seperti tahun-tahun lepas, pada awal tahun kami akan kongsikan beberapa post paling menarik yang pernah kami terbitkan di cisdel.com sepanjang tahun sebelumnya. Sepanjang tahun 2012, sebanyak 215 post telah kami terbitkan dan blog ini telah menerima lawatan sebanyak 1 juta kali dalam tahun 2012. Walaupun jumlahnya tak seberapa tapi setiap lawatan yang kami terima itu sangat kami hargai dan menaikkan lagi semangat kami. Dengan ini kami mempersembahkan 12 post paling menarik di blog ini sepanjang 2012. Kalau ada yang terlupa atau tak pernah baca tu jemput la baca ye hehe.
1) Koleksi Bunga Mawar yang Sangat Unik.
Dalam post ini kami ada kongsikan lebih 12 jenis bunga mawar, tetapi bukan bunga mawar yang biasa. Setiap satu bunga yang kami kongsikan itu sangat unik dan tidak sama seperti bunga mawar yang anda biasa lihat. Nak tahu apa keunikkannya? Sila layari post berkenaan.
2) Koleksi Gambar Baby yang Sangat Comel sedang Tidur
Kalau anda perasan di cisdel.com memang banyak post-post tentang gelagat baby yang sangat comel dan ini adalah antara post kegemaran kami. Dalam post ini kami ada kongsikan 25 gambar baby comel yang sedang tidur dengan pelbagai gelagat. Apa yang mengagumkan kami adalah semua gambar-gambar berkenaan adalah tulen dan tiada kesan khas atau Photoshop digunakan langsung.
3) Posisi untuk Tidur Bersama Bayi di Atas Katil
Gambar-gambar dalam post ini kami ambil dari satu blog yang mengajar tentang cara-cara menjadi baoa yang mithali. Apa yang menarik tentang post ini adalah ia tunjukkan posisi yang mungkin biasa dialami oleh para bapa jika ingin tidur bersama bayi di atas katil.
4) Koleksi Gambar Bayi Comel yang Sedang Marah
Satu lagi post bayi comel yang menarik di cisdel.com pada tahun lepas. Jika sebelum ini bayi comel sedang tidur kali ini kita tengok bayi comel sedang marah pula hehe. Walaupun mereka sedang marah tapi mereka tetap comel 🙂
5) Gambar-gambar Pemain Bola Sepak Terkenal Sewaktu Kecil
Kalau anda peminat bola sepak dan nak tengok macam mana rupa pemain kesukaan anda semasa masih kecil inilah post yang anda cari-cari hehe. Ada 17 gambar pemain bola sepak terkemuka semasa masih kecil termasuklah Messi, Ronaldo, Christiano Ronaldo, dan ramai lagi hehe.
6) Lukisan 3D Ikan Emas yang Sangat Mengagumkan.
Pertama kali kami nampak gambar-gambar ini semua memang kami tak percaya ia adalah lukisan. Ia bukan sahaja nampak realistik tapi dilukis dalam bentuk 3 dimensi menggunakan beberapa lapisan lukisan. Nak tengok macam mana rupa ikan emas 3D itu sila baca post berkenaan. Dalam post itu juga kami ada kongsikan bagaimana pelukisya menghasilkan gambar ikan emas 3 dimensi berkenaan.
7) Koleksi Gambar Mencari Kucing Tersembunyi
Biasanya kami kongsikan post-post santai sahaja untuk tatapan anda. Kali ini kami membuat sedikit kelainan pula apabila kami menerbitkan beberapa gambar uji minda mencari kucing tersembunyi. Mungkin ada beberapa gambar yang telah biasa anda lihat, tetapi ada juga yang yang mungkin dah dilupakan. Boleh je kalau nak cuba cari lagi sekali kucing-kucing tersembunyi tu semua. Jawapannya juga telah kami sediakan.
8) Koleksi Gambar Daisy, Anak Kucing Nakal yang Sangat Comel
Dah penat cari kucing tersembunyi? Hehe apa kata kalau anda cuci mata pula tengok gelagat Daisy, anak kucing yang nakal tapi sangat comel. Bukan-calang-calang kucing Daisy ni, dia termasuk dalam 30 kucing paling popular di internet pada tahun 2012. Maka sebab itu post ini layak menjadi antara post paling menarik di cisdel.com
9) Gambar Makanan Tengah Hari Kanak-kanak di Seluruh Dunia
Ini adalah satu daripada puluhan post trivia berinformasi yang kami wujudkan di cisdel.com ini. Dalam post ini kami ada kongsikan 20 juadah makan tengah hari kanak-kanak dari negara lain termasuklah US, UK, Tanzania dan banyak lagi. Sekurang-kurangnya dapat jugak la kita menambah sedikit ilmu pengetahuan tahu apa orang lain makan hehe.
10) 17 Jenis Senyuman dan Situasi yang Sesuai untuk Menggunakannya.
Senyuman adalah ekspresi muka yang anda tunjukkan bila anda berasa senang atau gembira. Terdapat pelbagai jenis senyuman yang boleh digunakan pada masa-masa dan situasi tertentu. Contohnya seperti senyuman manis, senyuman nakal dan lain-lain lagi. Tapi tahukah anda bila masa yang sesuai untuk gunakan senyuman ini semua? Kalau tak tahu anda memang patut baca post 17 jenis senyuman ini.
11) Komik Doraemon Versi Kelantan yang Sangat Kelakar
Doraemon adalah antara komik paling popular di dunia. Komik ini telah diterjemahkan dalam banyak bahasa termasuklah Bahasa Malaysia. Tapi dalam post ini kami memperkenalkan komik doraemon yang ditulis dengan menggunakan logat kelantan pula. Memang sangat kelakar dan menghiburkan. Kalau tak percaya cubalah baca post yang kami kongsikan itu.
12) Komik yang Sangat Kelakar Ditulis dalam Tulisan Jawi
Dalam post ini kami ada kongsikan satu hasil karya anak tempatan yang melukis komik dan membuat dialog dalam tulisan Jawi. Walaupun mungkin agak sukar sedikit untuk dibaca tetapi ia tetap mampu menghiburkan sebab itu ia layak untuk menjadi antara post paling menarik di cisdel.com sepanjang tahun 2012.
Di kesempatan ini kami warga cisdel.com ingin mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada semua pembaca-pembaca. Diharapkan tahun ini lebih bermakna dan lebih baik berbanding tahun-tahun lepas dalam segala aspek. Terima kasih juga kerana terus menyokong cisdel.com sehingga hari ini. InsyaAllah kami akan cuba untuk menjadi lebih baik lagi pada masa yang akan datang
:3
selamat tahun baru 2013 untuk cidel dan pembaca.