DIY Cara-cara Membuat Tongkat Sakti Harry Potter
Kami percaya peminat tegar Harry Potter akan suka baca post ini. Sebelum ini kami pernah kongsikan muzium disebalik tabir pembikinan filem Harry Potter, kali ini kami nak tambah satu lagi post berkaitan dengan harry potter yang sangat cool. Dalam post ini kami akan kongsikan DIY cara-cara untuk membuat tongkat sakti (magic wand) Harry Potter yang mudah dan sangat murah hehe. Sesiapa yang berminat boleh la cuba ye.

bahan-bahan yang diperlukan

letakkan gam pada chopstick

berhati-hati kerana ia sangat panas!

letakkan manik, tak kisah warna apa sekali pon

gelek-gelek gam yang hampir beku untuk mendapatkan bentuk yang anda kehendaki

gam ini agak likat dan senang meleleh, manfaatkan ia sebaiknya hehe

tambah manik-manik kecil untuk kesan tambahan

tongkat sakti yang dah sejuk dan boleh diwarnakan

gunakan pewarna acrylic untuk warnakan wand kita tadi

pastikan manik-manik semua dicat dengan teliti

tadaaa! 8 tongkat dah siap dalam sekelip mata sahaja hehe

jangan takut untuk menjadi kreatif, main je gam dengan manik tu macam mana yang anda suka hehe
Macam mana cool kan? Lepas ini boleh la pi cari chopstick dengan gule gun dan manik semua untuk buat tongkat sakti Harry Potter ini. Apa yang penting adalah kreativiti anda dan semangat untuk mencuba hehe. Selain itu silalah berhati-hati ye kerana malang tidak berbau hehe.

sumber: barnorama







