20++ Fakta Menarik Tentang Mata Manusia

Published On 16/11/2012 | By cisdel | Trivia

Dah agak lama kami tak kongsikan koleksi 20 fakta-fakta menarik di blog ini. Dulu kami pernah kongsikan 20 fakta menarik haiwan dan serangga seperti lipas, lebah, kucing, gajah, lebah dan banyak lagi. Kali ini kami nak mula kongsikan beberapa fakta menarik tentang tubuh badan manusia pula. Untuk post pertama dalam siri 20 fakta menarik tubuh badan manusia ini kita mulakan dengan mata ye. Hehe ada banyak perkara menarik yang mungkin kita tak tahu tentang mata kita sendiri.

gambar mata 20++ Fakta Menarik Tentang Mata Manusia

Cantikkan mata ni hehe

  1. Mata manusia boleh mengesan 10 juta warna warna, tetapi ia tidak dapat melihat cahaya ultraungu atau inframerah. Serangga boleh melihat cahaya ultraungu.
  2. Mata anda berkelip sehingga lebih 27 397 kali dalam satu hari.
  3. Biji mata manusia mempunyai berat kira-kira 28 gram.
  4. Dalam keadaan yang sesuai, mata manusia boleh melihat cahaya lilin pada jarak 14 batu.
  5. Mata manusia boleh membezakan 500 warna kelabu.
  6. Mata anda boleh memproses 36,000 bit maklumat setiap jam.
  7. Berkelip dapat membantu untuk membersihkan bola mata. Ia memastikan bola mata kita bersih dan lembab. Selain itu, jika sesuatu objek semakin hampir mengenai mata kita, mata akan berkelip secara automatik.
  8. Badan kita mempunyai beberapa perlindungan semula jadi bagi mata kita. Bulu mata membantu untuk menjaga kotoran keluar dari mata kita. Kening dibuat untuk menjaga peluh daripada menitik ke dalam mata kita.
  9. Kajian tentang iris mata dipanggil iridology.
  10. Kornea ikan yu telah digunakan dalam pembedahan mata, kerana kornea berkenaan adalah serupa dengan kornea manusia.
  11. Penyebab buta nombor 1 di Amerika Syarikat adalah kencing manis. Manakala menurut kajian yang dilakukan oleh WHO penyebab utama buta di dunia adalah disebabkan oleh katarak (47.8%), glaukoma (12.3%), dan lain-lain lagi.
  12. Biji mata manusia mempunyai berat kira-kira 28 gram bersamaan 1 ounce.
  13. Mata manusia boleh membezakan 500 warna kelabu.
  14. Kornea adalah satu-satunya tisu hidup dalam tubuh manusia yang tidak mempunyai sebarang saluran darah.
  15. ‘Conjunctiva’ adalah membran yang menyelaputi mata manusia.
  16. Suatu ketika dahulu pelaut percaya bahawa memakai anting-anting emas dapat meningkatkan daya penglihatan mereka.
  17. Satu kajian yang telah diterbitkan oleh British Journal of Ophthalmology pada tahun 2003 telah menunjukkan bahawa pemakaian tali leher yang terlalu ketat boleh meningkatkan risiko glaukoma di kalangan lelaki.
  18. Manusia biasanya membaca 25% lebih perlahan di skrin komputer berbanding kertas.
  19. Lelaki dapat membaca cetakan yang lebih halus berbanding wanita.
  20. Semua bayi adalah buta warna apabila dilahirkan.
  21. Mata bayi tidak dapat mengeluarkan air mata sehingga mereka berusia enam hingga lapan minggu.
  22. Kecederaan mata akibat dariapda alat solek biasanya berpunca daripada ‘mascara wand’ (benda yang macam berus buat sapu maskara tu). Jadi berhati-hati la gadis-gadis sekalian ye icon smile 20++ Fakta Menarik Tentang Mata Manusia
  23. Sesetengah orang akan mula bersin jika mereka terdedah pada cahaya Matahari atau jika cahaya disuluh ke arah mata mereka.
  24. Ia adalah mustahil untuk bersin dalam keadaan mata yang terbuka.
  25. Ruang antara kening dipanggil Glabella
  26. Untuk pengetahuan tambahan sila la perhatikan nama bahagian-bahagian mata di bawah ini ye hehe
eye 20++ Fakta Menarik Tentang Mata Manusia

anatomi mata diambil daripada eyemakeart.wordpress.com


Hehe macam mana dah cukup terpegun dengan kehebatan mata anda? Jadi bersyukur lah ye dengan nikmat mata yang telah dikurniakan kepada kita ini. Sila la jaga dengan baik dan tidak mempersiakannya icon smile 20++ Fakta Menarik Tentang Mata Manusia Anda juga mungkin berminat koleksi gambar mata yang sangat cantik ini pula kan hehehe.

cisdel mata 20++ Fakta Menarik Tentang Mata Manusia

sumber: funshun, webmd,

Kongsi Artikel

4 Responses to 20++ Fakta Menarik Tentang Mata Manusia

  1. sweetkurma says:

    mata mata mata lah memandang
    mata lah yang menjeling
    hik

  2. Aisya says:

    Tumpang tanya, kenapa fakta no. 5 dengan no. 13 sama?

  3. wasabi says:

    hee2,mate lembu cisdel nmpak innocent btul.^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>