Koleksi Potret yang Sangat Cool Daripada Susunan Ribuan Barcode
Orang yang kreatif mampu menghasilkan karya seni daripada apa sahaja. Suatu ketika dahulu kami pernah kongsikan potret karya artis tempatan yang diperbuat daripada 750 pasang stokin. Kali ini kami nak kongsikan koleksi potret wajah artis yang dihasilkan dengan menggunakan ribuan barcode yang disusun. Potret ini dihasilkan oleh artis yang bernama Scott Blake, antara potret artis atau selebriti yang beliau telah hasilkan adalah Bruce Lee, Madonna, Marilyn Monroe dan ramai lagi.

potret Bruce Lee

Arnold Schwarzenegger

Ozzy Osbourne

Andy Warhol

Oprah Winfrey

Mata Bruce Lee mungkin

yang ini kami tak kenal -.-

Kami tak kenal jugak tapi nampak macam pemimpin Korea

Ini mungkin Elvis!

Madonna bibir merah

Marilyn Monroe
Macam mana hebatkan? Kalau ada yang rasa macam tak nampak rupa wajah artis tu sila kebelakang sedikit dan tengok dari jarak jauh mesti cam punya hehehe. Ada beberapa selebriti yang kami tak dapat kenal pasti, jika anda tahu harap dapat bantu kami terima kasih.

sumber: funsterz








Assalamualaikum;
Saya fikir gambar ke-9 tu Elvis Presley.
Waalaikumsalam, oo ada rupa jugak la.. hehe terima kasih
“yang ini kami tak kenal -.-” tu Martha stewart