Cawan yang Diperbuat Daripada Biskut dan Boleh Dimakan
Pada masa kini terbadapat banyak rekaan cawan yang unik dan menarik. Contohnya cawan kopi gergasi yang pernah kami kongsikan dahulu. Post kali ini kami nak kongsikan tentang cawan yang diperbuat daripada biskut dan boleh dimakan. Menarik bukan? Tuang sahaja kopi atau teh ke dalam cawan biskut itu, minum air, lepas dah habis air terus makan cawan tu sekali haha. Tak payah susah payah nak basuh cawan hehehe

cawan biskut

cantik jugak cawan biskut ni hehe

minum dulu air dalam cawan tu.. lepas tu…

dah sudah minum. makan terus cawan tu yeay!

bahagian cawan ini dilitupi gula supaya cawan tak rosak kena air dan untuk memaniskan air hehe
Macam mana menarikkan? Sesuai untuk mereka yang malas nak basuh cawan tu haha dah sudah minum makan terus cawan. Untuk pengetahun cawan ini direka khas oleh Sardi Innovation untuk syarikat pengeluar kopi terkemuka dari Itali, Lavazza.

sumber: toxel, sardi innovation







