Potret Gergasi yang Dibuat dengan Menggunakan 750 Pasang Stokin

Published On 14/04/2012 | By cisdel | Rekaan Menarik

Orang yang kreatif mampu menghasilkan karya daripada apa sahaja. Contohnya dahulu kami pernah kongsikan gambar potret yang sangat cantik diperbuat daripada makanan. Kali ini kami nak kongsikan potret gergasi yang sangat cool diperbuat dengan menggunakan 750 pasang stokin. Potret ini dihasilkan oleh artis dari Malaysia, Hong Yi yang sebelum ini terkenal dengan karya potret daripada biji kopi. Potret gergasi ini adalah gambar Zhang Yimou, pengarah filem terkemuka di China yang mengarahkan Hero, Memoirs of Geisha, House of Flying Daggers dan banyak lagi.

potret stokin 1

cantumkan stokin guna pin lepas tu gantung kat buluh.

potret stokin 2

ikat stokin pada buluh ampai

potrait stokin 3

susun dulu elok-elok sebelum naikkan

potrait stokin 4

satu, dua, gantung....

potret stokin 5

gantung stokin..

potret stokin 6

dah siap gantung.. cantikkan potret ni.

potret stokin 7

bangga dengan hasil karya sendiri hehehe

Untuk pengetahuan potret gergasi ini dihasilkan di Shanghai, Hong Yi mendapat inspirasi daripada gantungan pakaian di buluh yang banyak terdapat di kawasan perumahan. Pada mulanya beliau mahu menggunakan t-shirt tapi sebab kos yang agak mahal, terpaksa la gunakan stokin. Tapi hasil dia sangat wow! Kami tumpang bangga kerana ada anak Malaysia yang berbakat besar seperti ini.

cisdel kumpul stokin

sumber: ohiseered

Kongsi Artikel

One Response to Potret Gergasi yang Dibuat dengan Menggunakan 750 Pasang Stokin

  1. OrangAkaun says:

    stokin aku hilang sepasang..dia ni amek kot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *