20 Fakta Menarik Tentang Filem Titanic

Published On 05/04/2012 | By cisdel | Trivia

Untuk makluman anda filem Titanic 3d telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula hari ini 5 April 2012. Kami agak yakin pasti ramai peminat tidak sabar nak menonton filem romantik lagenda lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet yang berdurasi lebih kurang 3jam 14minit itu. Bersempena dengan tayangan Titanic 3d, kami di cisdel.com nak kongsikan beberapa fakta menarik tentang filem Titanic sebagai trivia dan pengetahuan tambahan kepada anda 🙂

1) Filem Titanic arahan James Cameron menelan belanja sebanyak 200 juta usd untuk dihasilkan.
2) James Cameron yang melukis semua gambar dalam buku lakaran Jack. Babak dimana kelihatan tangan Jack melukis potret Rose sebenarnya adalah tangan James Cameron.

james cameron sketching rose

kami ditipu ~.~ ini bukan tangan Leo huhuhu

3) Titanic adalah filem pertama James Cameron yang tidak melibatkan atau menyebut tentang senjata nuklear
4) Pihak penerbitan mahukan Matthew McConaughey untuk watak Jack, tapi James Cameron berkeras untuk mengambil Leonardo DiCaprio.

Mathew McConaughey

Kalau Mathew McConaughey jadi Jack.. hohoho

5) Gwyneth Paltrow antara calon untuk watak Rose selain Nicole Kidman, Madonna, Jodie Foster, Cameron Diaz dan Sharon Stone

Gwyneth Paltrow

Kalau Gwyneth Paltrow jadi Rose hehehe

6) Gloria Stuart yang melakonkan watak Rose tua adalah satu-satunya orang yang terlibat dalam produksi ini yang hidup pada tahun 1912
7) Pencalonan Gloria Stuart dalam kategori Best Supporting Actress pada umur 87 tahun menjadikan beliau orang yang paling tua pernah dicalonkan untuk Oscar

rose titanic

Ini Gloria kalau korang tak kenal

8) Robert De Niro telah ditawarkan watak Kapten Smith tetapi terpaksa menolaknya kerana jangkitan gastrousus pada masa itu.

Robert De Niro

Robert De Niro yang macho

9) James Cameron pada awalnya tidak mahu meletakkan sebarang lagu dalam filem ini. Tapi pengarah muziknya, James Horner telah mencipta lagu “My Heart Will Go On” secara senyap-senyap
10) Paramount terpaksa menghantar filem gantian kepada banyak panggung kerana filem asal telah rosak akibat dimainkan dengan sangat kerap
11) Titanic adalah filem pertama yang telah dikeluarkan dalam versi video walaupun masih ditayangkan di pawagam (masa ni masih guna VHS)

titanic 3d

titanic VHS korang ada? hohoho

12) Kos untuk membina kapal Titanic yang sebenar pada tahun 1912 adalah 7.5 juta USD, bersamaan 120 -150 juta USD nilai pada tahun 1997
13) Kebanyakkan rekaan kapal Titanic dalam filem ini dibuat dan dipantau oleh White Star Lane, syarikat yang membuat kapal Titanic sebenar
14) Dalam babak dimana air menghancurkan “Grand Staircase Room”, krew produksi hanya ada sekali shot sahaja kerana keseluruhan set dan perabot akan dimusnahkan dalam shot berkenaan

Grand Staircase

babak Grand Staircase

15) Set laut dalam filem ini hanya mempunyai kedalaman 3 kaki sahaja.
16) Keseluruhan set kapal telah dipasang pada jet hidraulik dan boleh condong sehingga 6° dalam tangki

titanic ship hydraulic

kapal titanic

17) Kebanyakkan pelakon dalam scene bilik enjin hanya berketinggian 5 kaki supaya bilik enjin tersebut kelihatan lebih besar

Engine Room

babak Engine Room perghhh

18) Kepingan kayu yang membantu Rose terapung selepas Titanic tenggelam adalah berdasarkan artifak sebenar yang tersimpan dalam Muzium Maritim Atlantik di Halifax, Nova Scotia

kayu

babak berpaut pada kayu

19) Selepas pengambaran, set yang masih ada dijual sebagai besi buruk (-.-)
20) Suite mewah kelas pertama yang paling mahal di kapal Titanic berharga $4350 bersamaan lebih kurang $75,000 USD masa kini

first class suite

suite mewah

Secara jujurnya kami sendiri sangat kagum dengan filem Titanic ini, jalan cerita yang sangat mantap dan berkesan. Boleh buat air mata meleleh tu haha. Info tambahan, James Cameron juga merupakan pengarah filem Terminator dan Avatar, hebat bukan?

cisdel pose titanic

sumber: izismile. Jom pi tengok Titanic 3d hohoho

Kongsi Artikel

7 Responses to 20 Fakta Menarik Tentang Filem Titanic

  1. ainyu says:

    filem romantik yg best untuk ditonton…. sy suke… heheee

  2. qaesyah says:

    citer ni mmg hebat….
    leonardo n kate sgt sesuai jd
    hero dn heroin citer ni;-p

  3. Amir Said says:

    Menarik info ni. Antara filem cinta yg paling best dan sedih.

  4. razfira says:

    bestnye! sume fakta ni mmg saya x tahu walaupon sy peminat filem ni. hehehe

  5. Pingback: 20 Fakta Menarik Tentang Filem Star Trek | cisdel.com

  6. Iwani says:

    Pose mane tu cisdel buat? haha

  7. James Cameron memang luar biasa ! film-filmnya selalu menjadi film unggulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *