Jom Main Masak-masak Style Jepun
Sewaktu kecil dulu anda pasti pernah main masak-masak kan terutamanya kepada gadis-gadis. Post kali ini kami nak ajak korang main masak-masak pulak hehe tapi bukan sebarang masakan. Kita masak burger mini style Jepun. Apa yang menarik tentang burger mini adalah semuanya dalam bentuk serbuk dan hanya perlu tambah air sahaja lebih kurang macam masak mee segera. Nak tahu lebih lanjut sila baca post ini sampai habis.

Set burger dalam kotak "Happy Kitchen Hamburger"

langkah pertama jangan lupa bukak kotak ye adik-adik

dalam kotak ada plastik

pastikan plastik tersebut tidak dimusnahkan ye, banyak kegunaannya

ini adalah bahan-bahan untuk memasak burger

semua bahan-bahan dipaket kedap udara

pisau juga disediakan, tidk merbahaya kepada kanak-kanak

sudu merangkap sudip untuk memasak

hehehe di akhir post nanti akan tahu kegunaan benda ni

ini mangkuk adunan
Menu 1: Kentang Goreng

Masukkan serbuk kentang goreng dalam mangkuk adunan

campurkan sedikit air

gaulkan adunan tadi sehingga sebati

gaul dan gaul lagi..

penyek-penyekkan adunan tadi

ratakan adunan tadi sampai cantik dan biarkan seketika

keluarkan daripada mangkuk adunan

potong kecil-kecil

Tadaaaa!! dah siap kentang gorang yang tak perlu digoreng
Menu 2: Cheese Burger

gaulkan serbuk daging burger dengan sedikit air

masukkan ke dalam acuan dan ratakan

buat adunan untuk roti burger pulak

masukkan adunan roti tadi di acuannya

biarkan seketika untuk dia "masak"

buat bancuhan bahan yang seterusnya pula

hehehe cuba teka dia nak buat apa ni

tepek-tepek adunan tadi biar nipis

belah dua adunan kuning tadi

bahan seterusnya hehe mari buat sos pulak

hahaha ada rupa sos sebenar kan?

potong daging burger tadi, kalau tak nak potong nak tebal-tebal pon boleh

potong roti pulak dengan menggunakan pisau yang disediakan

susun daging dan roti burger tadi

letak menatang kuning tadi, dah tahu ape benda tu?

ya tepat sekali, ini keju

letakkan sedikit sos

letak roti burger

letak bendera sebagai hiasan

tadaaa! dah siap burger
Menu 3: Minuman Berkarbonat

masukkan sebuk minuman kedalam cawan

campurkan sedikit air

biarkan seketika untuk kesan berkarbonat

masukkan lagi sedikit air

tadaaa! dah siap air gas berkarbonat

dah siap set hidangan lengkap hohoho
Macam mana cool kan? Macam belajar masak-masak bersama Ella & Elli pulak haha. Menurut sumber ianya boleh dimakan dan sedap rasanya. Kalau tak dapat lagi macam mana resepi dan cara-cara nak buat burger dan kenang gorang dan air berkarbonat ini sila rujuk video di bawah.
sumber: izismile
Macam ni pun ada? Rasa macam nak try la pulak. Mana nak dapat eh? Hahaha
kalau ada kat malaysia dulu neh, kompom skang aku dah jadi chef..
Cool giler! Nape time aku kecik2 dulu takde mende ni? Kalau tak, dah lame suruh Mama belikan.. Jelesnye dgn budak zaman sekarang..
Boleh makan kerr??
menurut sumber komen di youtube boleh dimakan. sedap macam burger hohoho
Comel je benda ni. hehe.
boleh makan ke x ni?
mcm2 org jepon nie.. lepas nie maen masak2 care petik jari plak..