Belajar Sejarah Dengan Menggunakan Poster Oreo yang Sangat Cool
Kepada yang tidak tahu apa itu Oreo sila google
Untuk pengetahuan anda, pada tahun ini Oreo telah mencapai usia genap 100 dan bersempena dengan itu satu koleksi poster telah dihasilkan. Poster iklan ini semua berkisar tentang perkara-perkara menarik yang berlaku dalam sejarah dunia sepanjang 100 tahun ini seperti kelahiran rock and roll, penciptaan tv warna dan sebagainya. Poster iklan ini memang sangat cool dan menarik, tak percaya sila tengok sendiri.

Snow White dipertontonkan di Broadway

Modern Cubism yang diilhamkan oleh Pablo Picasso

Prohibition Act di Amerika: larangan menghasilkan, menjual dan membawa arak dari 1919 – 1933

Terciptanya yoyo (yoyo modern dicipta oleh Pedro Flores)

bermulanya bola sepak di pentas dunia

Lahirnya generasi baby boomers
Untuk pengetahuan tambahan, gegerasi baby boomers adalah mereka yang lahir dari tahun 1946-1964. Mereka yang lahir pada tahun 1965-1980 dipanggil Generation X (gen X). Manakala yang lahir pada tahun 1981-2000++ dipanggil Generation Y (gen y). Tahun kelahiran bagi generasi X dan Y mungkin ada sedikit berbeza menurut beberapa sumber tapi lebih kurang macam tula sela masa dia. (sumber: about.com)

Filem 3D pertama (kami tak pasti filem apa)

Gunung Everest berjaya ditawan buat pertama kalinya oleh Edmund Hillary dan Sherpa Tenzing

Tv warna diperkenalkan oleh Federal Communications Commission (FCC)

rock and roll tercipta

summer of love (tak berapa pasti tentang ini tapi lebih kepada kebangkitan golongan Hippie)

Neil Amstrong menjejakkan kaki di bulan

Filem Jaws

game pacman dicipta oleh Namco

Permulaan dunia SMS

millenium bug Y2K

misi menjelajah Saturn menggunakan kapal Cassini–Huygens
Cantikkan poster-poster tu semua, walaupun ianya ringkas tapi sangat bermakna dan berinformasi. Diharapkan anda dapat sedikit-sebanyak informasi dan trivia menarik yang ada dalam post ini. Akhir kata happy birthday atok Oreo hehehe.

sumber: ufunk












coolio!
Pingback: Belajar Sejarah Dengan Menggunakan Poster Oreo yang Sangat Cool