Rasberry Scratch N Sniff Jeans: Seluar Jeans yang Wangi

Published On 12/02/2012 | By cisdel | Menarik

Seluar jeans atau denim memang menjadi pilihan ramai tak kira jantina kerana ia tahan lasak dan sesuai dipadankan dengan apa-apa baju. Terdapat pelbagai jenis rekaan jeans, ada low cut, boot cut, skinny jeans dan sebagainya. Tapi post kali ini kami ingin kongsikan seluar jeans yang mengeluarkan bau rasberry bila kita garu pada permukaan seluar jeans berkenaan.  Menarikkan? Teruskan membaca post ini untuk keterangan lanjut dan gambar-gambar Scratch N Sniff Jeans ini.

Scratch-Sniff-Raspberry-Denim-1

Garu dan bau.. haha

Scratch-Sniff-Raspberry-Denim-2

Sila jangan buat di tempat awam haha

Scratch-Sniff-Raspberry-Denim-3

Pandangan belakang seluar jeans ini

Scratch-Sniff-Raspberry-Denim-4

Tag penerangan, sila la baca kalau rajin

Untuk pengetahuan, seluar jeans ini dihasilkan oleh syarikat Naked and Famous Denim, dan ia merupakan edisi terhad kerana hanya terdapat 500 helai sahaja. Setiap satu berharga 150USD atau bersamaan dengan RM 454.28. Agak-agaknya kalau basuh seluar ni mesti baju lain semua terpalit bau rasberry kan?

sumber: bitrebel

Kongsi Artikel

3 Responses to Rasberry Scratch N Sniff Jeans: Seluar Jeans yang Wangi

  1. OrangAkaun says:

    power ni..boleh cover bau kentot..

  2. h.a. says:

    kalau kentut tak payah nak segan lagi

    scratch and the people won’t smell anything but raspberry

  3. Ardeen says:

    bau petai takde ke jeans tu?hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *