21 Fakta Menarik Tentang Lebah

Diterbitkan Pada 31/01/2012 | Oleh cisdel | Trivia

Dah agak lama kami tak kongsikan 20 fakta menarik di cisdel.com. Sebelum ini kami pernah kongsikan fakta menarik tentang lipas, gajah, kucing dan juga lembu. Semua post itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan banyak juga ditiru 100% oleh pihak tak bertanggungjawab. Takpe la sebab niat kami untuk memberi informasi dan trivia-trivia berguna kepada semua orang. Post kali ini kami ingin kongsikan fakta menarik tentang lebah pula.

lebah 21 Fakta Menarik Tentang Lebah

gambar lebah dari natures-desktop.com

  1. Lebah madu Afrika (Killer Bee) akan mengejar mangsa sejauh 1/4 batu atau lebih (kira-kira 400 meter)
  2. Lebah mempunyai 5 mata, dua mata besar (mata kompaun) di kedua-dua belah kepala dan tiga ocelli (mata primitif) di bahagian atas kepala berfungsi untuk mengesan keamatan cahaya
  3. Lebah menggunakan Matahari sebagai kompas. Walaupun Matahari dilitupi awan, ia masih dapat mengesan kedudukannya daripada dalam kelompok yang lebih cerah di langit.
  4. Lebah dapat melihat cahaya ultraungu yang tidak dapat dilihat oleh manusia
  5. Lebah dapat terbang dengan kelajuan purata 13-15 batu sejam (kira-kira 20.92 – 24.24 kilometer sejam)
  6. Lebah mengembara sebanyak 1600 pusingan perjalanan untuk mendapatkan 1 auns madu dengan setiap perjalanan sejauh 6 batu. Untuk mendapatkan 2 pound madu, lebah mengembara dengan jarak yang sama dengan 4 kali mengelilingi bumi
  7. Lebah perlu pergi ke 2 juta kuntum bunga untuk menghasilkan 1 pound madu
  8. Sepanjang tempoh pengeluaran madu, jangka hayat lebah hanyalah lebih kurang 6 minggu sahaja.
  9. Satu sarang lebah mempunyai kira-kira 40-45,000 ekor lebah. Jadi jangan kacau sarang lebah ye adik-adik.
  10. Lebah madu adalah satu-satunya serangga yang menghasilkan makanan untuk manusia.
  11. Suhu sarang lebah adalah sekitar 32-35°C (90-95°F)
  12. Permaisuri lebah mengeluarkan 2000 biji telur sehari dengan kadar 5 atau 6 biji seminit. Ini menghasilkan kira-kira 175,000 – 200,000 biji teluar setahun
  13. Setiap koloni lebah madu mempunyai bau masing-masing untuk tujuan pengenalan
  14. Lebah daripada sarang yang sama akan melawat 225,000 kuntum bunga setiap hari. Seekor lebah biasanya melawat 50 – 1000 kuntum bunga sehari, tetapi kadang-kala boleh mencecah sehingga beberapa ribu sehari.
  15. Lebah mengepakkan sayapnya kira-kira 11,500 kali seminit
  16. Lebah boleh berkomunikasi dengan lebah lain melalui tarian. Tarian mereka dapat memberitahu lebah lain tentang arah dan jarak dimana letaknya nektar dan debunga.
  17. 12 ekor lebah diperlukan untuk menghasilkan 1 sudu teh madu sepanjang hayatnya (1/12 bagi setiap ekor).
  18. Lebah mempunyai 4 sayap
  19. Otak lebah berbentuk bujut dan hanya bersaiz kira-kira seperti saiz sebiji bijan. Namun, ia mempunyai kemampuan yang luar biasa untuk belajar dan mengingati sesuatu. Ia juga mampu membuat perkiraan kompleks tentang jarak perjalanan untuk mengumpulkan madu lebah
  20. Anggaran 1100 sengatan lebah diperlukan untuk membawa maut
  21. Drone adalah lebah jantan yang lebih besar daripada lebah pekerja, ia tidak mempunyai sengat dan tidak berkerja. Satu-satunya tugas drone ini adalah untuk mengawan dengan permaisuri lebah. fuyoo

Hebat bukan kejadian Allah yang bernama lebah ini. Diharapkan trivia ini dapat memberi pengetahuan tambahan kepada anda dan dapat lebih menghargai lebah serta madunya.

cisdel jolok sarang lebah 21 Fakta Menarik Tentang Lebah

sumber: funshun, benefits-of-honey

Kongsi Artikel

7 Responses to 21 Fakta Menarik Tentang Lebah

  1. fina fento berkata

    Wah. heavennya jadi drone haha

  2. shatilah zakaria berkata

    fuyoo matahari sebagai kompas..
    ingtkan lebah guna kutub-kutub je.canggih tu

  3. Kalau nak jadi Drone kena hensem tak??hahaha

  4. LadyBird berkata

    macam berlaku sedikit kesilapan je kat statement ni :

    Permaisuri lebah mengeluarkan 2000 biji telur sehari dengan kadar 5 atau 6 biji sehari. Ini menghasilkan kira-kira 175,000 – 200,000 biji teluar setahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>