Kingdom Tower di Arab Saudi Bakal Menjadi Menara Paling Tinggi di Dunia

Published On 29/01/2012 | By cisdel | Trivia

Seperti yang sedia maklum, rekod menara tertinggi di dunia pada masa kini di pegang oleh Burj Khalifa yang berketinggian 828 meter dan terletak di Dubai. Tapi rekod ini bakal dipecahkan tidak lama lagi oleh Kingdom Tower yang telah mula dibangunkan pada Januari 2012. Menara yang akan berketinggian 1000 meter ini menelan belanja 1.23 billion USD (RM 3.74 billion) dan bakal siap pada tahun 2016/2017 kelak. Berikut adalah gambar janaan komputer tentang bagaimana rupa Kingdom Tower berkenaan.

Kingdom-Tower-1

Kingdom Tower mencucuk langit

Kingdom-Tower-2

pandangan atas Kingdom Tower

Kingdom-Tower-3

haa gayat tak? gayat tak? gayat tak? haha

Kingdom-Tower-4-520x735

fuuhh siap ada ruang santai nak tengok matahari terbenam

Kingdom-Tower-5

pandangan dari sudut dongak

Kingdom-Tower-6

Ini dah sampai tahap bangunan pencucuk lagit dah bukan lagi pencakar langit

kingdom tower

Perbezaan Kingdom Tower berbanding menara-menara pencucuk langit yang lain.

Kingdom Tower vs Menara Warisan Merdeka

Ramai yang sedia maklum tentang projek Menara Warisan Merdeka yang telah diperkenalkan dalam budget 2011 beberapa tahun dahulu yang bakal berketinggian 100 tingkat itu. Berikut adalah perbandingan antara Kingdom Tower dan Menara Warisan Merdeka.

Kingdom Tower Menara Warisan Merdeka
Lokasi Jeddah, Arab Saudi Kuala Lumpur, Malaysia
Tinggi 1000 meter 100 tingkat
Kos RM 3.74 billion RM 5 billion
Milik Kingdom Holding Company (KHC) Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Pembinaan Mula pada Januari 2012 Belum ada rekaan rasmi
Dijangka siap 2016/2017 2015

 

Perbandingan ini tiada apa-apa niat buruk pon dan bukan untuk membeza bandingkan negara kita dengan negara asing. Berdasarkan perbandingan yang telah dibuat dapat dirumuskan bahawa Menara Warisan Merdeka lebih mahal dan dijangka akan siap lebih awal walaupun Kingdom Tower sudah mula dibina. Manakala rekaan Menara Warisan masih belum belum diperlihatkan. Rekaan yang dijangka siap pada akhir tahun lepas masih belum ada sebarang berita (1Malaysia.com.my – 19/08/11)

Selain itu kita masih belum dapat tentukan siapa yang akan menang dari segi ketinggian kerana tinggi Menara Warisan Merdeka masih belum dapat dikenalpasti. Tapi itu tidak mengapa kerana walaupun harga menara ini lebih mahal tapi target pembinaannya hanyalah untuk menjadi menara tertinggi di Malaysia sahaja. Jadi tinggi menara ini tidak perlu dipertikaikan 🙂 (Berita Harian – 15/10/2010)

Sekian sahaja post berkenaan menara-menara pencucuk bangunan. Tak sabar nak tunggu menara-menara ini semua siap 🙂

cisdel paling tinggi di Malaysia

sumber: smilepanic, 1malaysia.com.my, bharian.com.my, wikipedia Kingdom Tower

Kongsi Artikel

14 Responses to Kingdom Tower di Arab Saudi Bakal Menjadi Menara Paling Tinggi di Dunia

  1. Fizz.My says:

    bapak tinggi.. x sakit ke langit tu kena cucuk? haha

  2. 5billion utk menara warisan tu adalah pembaziran terbesar

  3. Gile tinggi…Agak2 yg Malaysia punya tu bla bru da rekaan rasmi ???

  4. tu dia.. manusia berlumba-lumba membina bangunan-bangunan tinggi

  5. h.a. says:

    ada konsep idea projek perumahan untuk 1 billion penduduk setinggi low’s peak gunung kinabalu.

    try google.

    yang pasti bukan dari malaysia.

  6. akukurangsiuman says:

    tanda-tanda kiamat dah hampir…aku blum msuk islam g 🙁 sabau la dulu tgu aku dpt hidayah dari tuhan nak masuk islam baru la korang blumba2 nak buat bangunan tgi2..

  7. h.a. says:

    X-SEED 4000

  8. Syamsul ARIF says:

    Lps ni blh la airborne terjun dari puncak menara ni….tinggi pn dh dkt2 4000kaki….haha

  9. quera says:

    itulah jadinya kalau lantik menteri dari ** ni,ada projek 5 billion dia sub-sub-sub-sub last2 yang tingal 500juta…

    ada satu bngunan sekolah ni harga dia dalam 10-20 juta tapi besarnya hampeh takde nampak nilainya 20 juta,apa lagi nilai 8 juta…sebab apa???sebab yang buat melayu,jadi banyak sub-sub-sub nak bagi menteri tu menteri ni last2 yang tinggal berape???tahi hidung dari 10-20 juta tadi untuk buat sekolah tu…dan jadilah kontraktor tu buat cincai sebab tak cukup kos….bayangkan 20 juta pencawang nilai rm 20,000 pun tak ada lagi??masya Allah mudah2an aku yang tersilap tapi jika aku adalah benar maka mudah2an perkara seperti ini tidak berlaku lagi…

  10. nahzreen says:

    salah satu tnnda dunia dah akhir zaman…manusia berlumba-lumba membina bangunan tinggi

Leave a Reply to mzaiemo Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *