Festival Gusti Unta yang Sangat Unik di Turki

Published On 24/01/2012 | By cisdel | Trivia

Festival gusti unta telah lama diadakan di Turki kira-kira sejak 200 tahun dahulu. Perlawanan gusti ini melibatkan dua ekor unta jantan dan kebiasaanya diadakan pada musim luruh dan awal musim bunga. Ini kerana pada masa ini merupakan masa mengawan bagi unta dan mereka lebih agresif pada masa ini. Dalam post ini kami akan kongsikan gambar disekitar perlawanan gusti unta yang berlangsung di bandar Selcuk, Turki baru-baru ini.

gusti unta 1

gusti unta biasanya dijalankan pada bulan Januari - Mac setiap tahun

gusti unta 2

Sebelum perlawanan bermula, unta berkenaan akan diarak keliling bandar dan penonton akan menari dan menyanyi tarian tradisional "Zeybek"

gusti unta 3

Dah penat berarak, perlawanan akan dimulakan pada hari kedua festival

gusti unta 4

Terdapat juga penyertaan daripada bandar jiran seperti Istanbul, Antalya, Alanya, dan Izmir

gusti unta 13

Nama samaran wajib diletakkan pada setiap unta yang akan bertanding

gusti unta 5

Festival ini dapat mengumpulkan sanak-saudara dan isteri-isteri hehe

gusti unta 6

Perlawanan gusti ini biasanya bertujuan untuk memikat unta betina

gusti unta 7

Untuk kelihatan lebih gah dan ganas, setiap unta dipakaikan dengan uniform "perang" masing-masing

gusti unta 8

Setiap perlawanan hanya berlangsung diantara 10-15 minit sahaja.

gusti unta 9

Setiap unta dipakaikan dengan alat perlindungan khas diberi nama muzzles untuk mengelakkan kecederaan serius

gusti unta 10

Pemenang akan diberikan hadiah "permaidani" ("rug" tu permaidani la kan?)

gusti unta 11

Gaya sang juara!

gusti unta 12

Walaupun perlawanan gusti unta ini telah lama diwujudkan, ia masih lagi mengikut peraturan asal yang ditetapkan

Seekor unta hanya dibenarkan untuk menyertai satu perlawanan sahaja dan durasi perlawanan adalah 10-15minit. Peraturan ini ditetapkan untuk memastikan tiada unta yang cedera semasa perlawanan. Unta-unta yang akan berlawan juga dipakaikan dengan perlindungan khas untuk mengelakkan kecederaan serius. Jika anda berkesempatan ke Turki jangan lupa saksikan festival wrestling unta yang unik dan menarik ini ya 🙂

cisdel gusti untasumber: perekop

Kongsi Artikel

2 Responses to Festival Gusti Unta yang Sangat Unik di Turki

  1. h.a. says:

    berbuih-buih mulut dia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *