11 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2011

Diterbitkan Pada 01/01/2012 | Oleh cisdel | Menarik

Sama seperti tahun lepas, kami akan membuat senarai post paling menarik di cisdel.com bagi sepanjang tahun 2011.. Sepanjang tahun 2011, sebanyak 307 post yang telah kami tulis dan kongsikan kepada para pembaca sekalian. Jumlah pengunjung dan peminat cisdel.com semakin bertambah dari masa ke semasa. Bilangan fans di facebook juga sudah meningkat menjadi 5969 orang pada saat post ini ditulis (malangnya tak dapat cecah target 6000) kepada yang masih belum jadi peminat sila la tekan butang like ye. Tahun lepas kami senaraikan 10, tahun ini kami senaraikan 11 pula hehe. Berikut adalah senarai 11 post paling menarik di cisdel.com sepanjang tahun. Post-post ini dipilih berdasarkan jumlah views, like di facebook dan pilihan penulis sendiri.

1) Ucapan Selamat Hari Jadi dalam 45 Bahasa yang Berlainan

cisdel birthday wish 11 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2011

Dalam post ini kami berusaha cari maksud perkataan Selamat Hari Lahir dalam 45 bahasa yang berlainan khas untuk anda. Rasanya ramai dah cuba dan wish birthday rakan-rakan dalam bahasa yang berlainan. Kalau belum cuba silakan haha baru unik sikit icon smile 11 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2011

2) 20++ Mutiara Kata dan Ayat-ayat Motivasi yang Menarik

 

cisdel ambil mutiara 11 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2011

Post koleksi ayat-ayat motivasi dan mutiara kata yang dapat menaikkan semangat anda terutamanya untuk menempuhi Monday Blues haha. Semua ayat-ayat motivasi ini diambil dari santapanminda.com icon smile 11 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2011 dah maju dan makin banyak ayat-ayat santapan minda dah ada dekat web tu sekarang

3) Koleksi Gambar Anak Kucing Comel yang Sangat Menakjubkan

cisdel baby comel kucing 11 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2011

Seperti jangkaan post ini memang agak top sekali di cisdel.com. Kami sendiri pon kagum dan teruja tengok gelagat anak-anak kucing yang comel tu semua. Rasa macam nak cubit-cubit je haha. Rugi jika anda tak pernah baca post ini icon smile 11 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2011

4) Koleksi Gambar Bayi yang Sangat Comel

cisdel baby comel 11 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2011

Kalau dah buat gambar baby kucing tak sah la kalau tak buat post gambar gambar comel baby manusia pulak kan? Dalam post ini kami ada kongsikan banyak gambar baby yang sangat comel! Tapi bila tengok lama-lama macam scary pon ada jugak haha.

5) 20 Fakta Menarik Tentang Kucing

cisdel dengan kucing pemalas 11 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2011

Kalau pada tahun 2010 post fakta menarik tentang lipas mendapat sambutan yang sangat hangat, tahun 2011 giliran fakta-fakta kucing pula. Dalam post ini kami telah kumpul dan terjemahkan sendiri 20 fakta dan trivia menarik tentang kucing yang mungkin anda tidak tahu. Sangat sesuai digunakan kalau anda nak kerek dan tunjuk pandai depan rakan-rakan anda hehehe.

6) Makna Tersirat Disebalik Warna dan Bilangan Bunga Ros yang Diberikan

cisdel bagi bunga ros1 11 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2011

Dalam post ini kami telah berusaha dengan sedaya upaya (ayat hiperbola) untuk kumpulkan dan cari trivia dan fakta tentang maksud bilangan bunga ros serta terjemahkannya dalam Bahasa Melayu yang sangat mudah difahami. Titik bermulanya kewujudan post-post jiwang romantika di amor dalam cisdel.com icon smile 11 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2011

 7) Kanak-kanak yang Menjadi Mangsa Kreativiti Ayah Mereka

cisdel ambil gambar sendiri 11 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2011

Ini adalah antara post kegemaran kami di cisdel.com. Koleksi gambar-gambar Kayla dan Kristin yang sangat cantik dan comel diambil oleh bapanya yang kreatif. Ini adalah antara koleksi fotografi yang sangat unik dan menarik terdapat di cisdel.com. Anda boleh melihat lebih banyak lagi koleksi fotografi di sini

8- Komik yang Simple Tapi Sangat Kelakar

cisdel cari idea nak melukis 11 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2011

Dalam post ini kami kongsikan beberapa komik strip yang sangat ringkas, tiada warna dan tiada dialong langsung. Walaupun begitu, ia sangat menghiburkan dan sangat kelakar.

9) Koleksi Animasi Gif Karakter Hantu Kak Limah Balik Rumah

cisdel ghost 11 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2011

Post ini mendapat perhatian ramai mungkin dek kerana populariti filem Hantu Kak Limah itu sendiri. Dalam post ini terdapat beberapa adegan-adegan menarik yang diambil daripada filem tersebut dan dijadikan sebagai animasi gif.

10) Muzium Toy Terbesar di Dunia Terletak di Pulau Pinang, Malaysia

cisdel muzium 11 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2011

Post ini adalah review dan gambar-gambar menarik tentang suasana dan permainan-permainan menarik yang terdapat di Muzium Permainan di Pulau Pinang, muzium permainan paling besar sekali di dunia!

11) Hidangan McDonald’s yang Eksklusif dan Tiada di Negara Lain

 

cisdel McCisdel 11 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2011

Ini juga merupakan antara post kegemaran kami di cisdel.com dan kami percaya akan menjadi post kegemaran anda juga. Yela kan siapa yang tak suka tengok gambar makanan yang lazat dan beraneka macam. Kalau korang tak pernah baca lagi post ini silakan baca, kalau yang dah pernah baca tu ape salahnya kalau baca untuk kali ke 3-4-5-6-7-8-9-10 ke hehehe.

Dikesempatan ini kami di cisdel.com ingin mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada para pembaca semua. Terima kasih kerana terus menyokong kami hingga ke hari ini. Sokongan anda sangat kami hargai.

Jika anda ada sebarang cadangan atau idea untuk memperbaiki cisdel.com sila ajukan di bahagian komen atau di facebook atau email terus kepada kami di admin [at] cisdel.com. Setiap cadangan dan idea anda sangat diperlukan untuk memantapkan lagi cisdel.com pada masa yang akan datang icon smile 11 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2011

Kongsi Artikel

2 Responses to 11 Post Paling Menarik di Cisdel.com Sepanjang Tahun 2011

  1. jai berkata

    selamat tahun baru cisdel…. tahun ni sambut dalam pejabat dan tengah siapkan kerja2 yang nak deadlinenya senin ni… HUWAAAAA!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>