Potret yang Sangat Cool Dihasilkan Daripada 4,242 Buah Kiub Rubik

Published On 09/12/2011 | By cisdel | Menarik

Anda tak mampu untuk menyelesaikan kiub rubik? Jangan risau kerana ada benda lain yang lebih cool boleh dibuat dengan menggunakan kiub rubik. Post kali ini kami ingin kongsikan sebuah potret gergasi wajah Dr. Martin Luther King Jr. yang diperbuat menggunakan 4,242 buah kiub rubik. Potret ini adalah sebesar 5.8m x 2.6m x 5.7cm dan mempunyai berat sehingga 1000 pounds (454kg). Potret ini mengambil masa masa 40 jam untuk dibuat dan lebih kurang 5 jam untuk dipasang dengan bantuan 6 orang sukarelawan. Kita tengok dulu macam mana rupa potret tersebut lepas ni sambung lagi info ye.

pete-fecteau-martin-luther-king-rubiks-portrait-1

ini la rupa potret kiub rubik tu

pete-fecteau-martin-luther-king-rubiks-portrait-2

bersemangat waja mamat ni buat, nama dia Pete Fecteau

pete-fecteau-martin-luther-king-rubiks-portrait-3

aku nak selesaikan kiub rubik pon tak reti, nak buat macam ni memang tak la

pete-fecteau-martin-luther-king-rubiks-portrait-5

sila kagum, ye sila kagum

potret kiub rubik

taraa!~ dah siap!

Video Penyediaan Potret Kiub Rubik Hingga Selesai

Potret ini dihasilkan oleh rtis bernama Pete Fecteau dan dipamerkan sempena pertandingan ArtPrize 2010 di Michigan, USA pada bulan October2010. Ia berjaya mendapat top 50 daripada 1700 penyertaan. Ia menggunakan 4,242 buah kiub rubik yang disewa daripada organisasi You Can Do The Cube. Kos pembuatan potret ini mencecah $9,000 ($8,000 untuk sewa kiub rubik sahaja). Malangnya potret ini tidak berjaya dijual dan telah dileraikan dalam bulan November 2011 dan semua kiub-kiub rubik tersebut dipulangkan kepada pemilik asalnya.

cisdel kiub rubiksumber: potret kiub rubik pete fecteau

Kongsi Artikel

4 Responses to Potret yang Sangat Cool Dihasilkan Daripada 4,242 Buah Kiub Rubik

  1. Azman Ishak says:

    shitzz… ini sangat coollllllll

  2. aisyah ahmad says:

    terbaik.saya nak selesaikan satu kiub rubik pun tak pernah.hahahahaha

  3. Pingback: Kiub Rubik untuk Orang Buta | cisdel.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *