iPhone 4S Paling Mahal di Dunia Berharga RM 29.5 Juta

Published On 08/12/2011 | By cisdel | Gajet & Teknologi

iPhone memang terkenal tak kira la sama ada di kalangan peminat gadget atau pun tidak. Baru-baru ini iPhone telah mengeluarkan produk terbaru diberi nama iPhone 4S dan ianya sangat menjadi perhatian ramai mungkin kerana aplikasi SIRI yang terdapat di dalamnya. Post kali ini memang berkisar tentang iPhone 4s tapi bukan iPhone 4S biasa. Kami ingin kongsikan gambar iPhone 4S Elite Gold, iPhone yang paling mahal di dunia berharga RM 29.5 juta (6,000,000Pound)

iphone-4s-elite-front

Pandangan hadapan iPhone 4S Elite

iphone-4s-elite-rear

Pandangan belakang iPhone 4S Elite

iphone-4s-elite-close2

Close up hehe tengok diamond-diamond tu semua!

iphone-4s-elite-chest

ini kotak iPhone 4S elite tu

iphone-4s-elite-chest-close

close up sikit tengok batu-batu dia

Untuk pengetahuan, iPhone 4S Elite Gold ini dihiasi dengan 500 berlian sempurna yang berjumlah 100 karat semuanya. Bahagian belakang iPhone ini diperbuat daripada emas 24karat dan logo apple itu juga diperbuat daripada emas 24 karat dan ditatahkan dengan 53 biji berlian. Butang home juga diperbuat daripada emas dan dilengkapi dengan sebutir berlian 8.6 karat.

Tidak cukup dengan itu, ia juga didatangkan dengan kotak yang diperbuat daripada platinum serta butiran opal, pietersite, charoite, rutile quartz, dan star sunstone. Tak cukup dengan itu ia juga dilengkapi dengan tulang tyrannosaurus rex yang digilap haha. Cukup kagum? Cukup la rasanya hahaha kami sendiri meleleh air liur masa nak taip ciri-ciri iPhone 4s elite gold ini semua. Kalau korang tak cukup kagum, apa kata korang tengok koleksi iPhone 3G yang paling mahal di dunia ini pulak.

cisdel iphone solid goldsumber: stuarthughes

Kongsi Artikel

One Response to iPhone 4S Paling Mahal di Dunia Berharga RM 29.5 Juta

  1. Fizz.My says:

    cisdel tul harga.. yg tulang tu kat mana plak weh? x nmpk pun.. hohoho..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *