Gambar Kecil Para Peminat di Jersi Pemain Kelab Bola Sepak Sevilla
Pemilik kelab bola sepak sentiasa tahu bagaimana untuk mendapatkan sumber kewangan daripada peminat setia mereka. Cara terbaru yang diperkenalkan oleh Sevilla adalah dengan menjual ruang untuk meletak muka para peminat di bahagian nombor di jersi para pemain mereka. Setiap gambar bersaiz 2mm x 2mm dan berharga €24.90 lebih kurang RM 104.44. Walaupun nampak macam mahal tapi ia mendapat sambutan yang agak menggalakkan dikalangan peminat. Best kot ada muka kita pada jersi para pemain terkemuka dunia.

ada muka kat jersi Kanoute

Sewaktu sevilla menentang Barcelona 22/10/11 yang lalu
Walaupun ia strategi untuk mengait keuntungan yang agak berkesan dan menarik tetapi untuk menampung kos pembelian pemain terkemuka mungkin masih belum mencukupi. Tapi ia cukup banyak dan bagus untuk menampung perbelanjaan pasukan Sevilla semasa krisis kewangan serius. Dengan jumlah 3,142 gambar yang boleh diletakkan pada satu-satu nombor, ia dapat memberi keuntungan sebanyak 75,000 Euro bagi setiap pemain. Banyak la jugak tu kan?
Dijangka selepas ini pasukan Granada dan pasukan ragbi Welsh Rugby Union akan turut sama mengikut jejak langkah Sevilla ini. Rasanya kalau pasukan Harimau Muda buat macam ni mesti ramai gadis nak letak gambar diorang pada jersi Nazmi Faiz Mansor kan? haha nanti boleh la buat lagu cinta muka jersi
sumber: yahoo news












wah…cara terbaru nak buat nombor kat jersi tu
Bagus jugak teknik nih. Boleh dapat sumber kewangan sikit