Muzik Video yang Sangat Cool Dibuat dengan Menggunakan 288,800 Biji Jelly Beans

Published On 19/11/2011 | By cisdel | Menarik

Setiap artis dan pengarah pasti mahu menghasilkan klip video atau muzik video yang cool dan dapat menarik minat para penonton. Post kali ini kami ingin kongsikan satu muzik video untuk lagu “In your Arms” yang dinyanyikan oleh Kina Grannis. Apa yang menarik tentang muzik video ini adalah ia mengambil masa hampir 2 tahun untuk disiapkan secara stop motion menggunakan 288,800 biji jelly beans. Nampak macam terlalu susah dan mengarut bukan? Tapi hasil dia sangat WOW!

in your arms 1

Intro je dah guna berapa ratus jelly beans

in your arms 2

Kina Grannis kena bawak lari dek burung

in your arms 3

comel Kina Grannis ni ~.~

in your arms 4

jom main siram-siram pokok

in your arms 5

rama-rama pon ada dalam ni -.-

in your arms 6

Kina Grannis yang comel >.< 2 tahun shooting pakai baju sama je hohoho

in your arms 7

The End.. hahaha lepas ni terus tengok video dia baru korang akan kagum

Untuk pengetahuan anda, video ini dilakukan secara stop motion dan mengandungi 2460 frame atau image. Setiap scene yang diperlukan akan dibuat menggunakan jelly bean dan gambarnya diambil satu persatu. Setiap frame mengambil masa antara 5 minit untuk disiapkan ada yang memerlukan sehingga 3 jam. 3 orang ditugaskan untuk menyaipkan setiap frame. Ramai artis seni jelly bean yang membantu dalam menyediakan seni jelly bean untuk muzik video ini dan kebanyakkannya bekerja dengan percuma. Sila tengok muzik video untuk lagu In Your Arms dan disebalik tabir pembuatan video di bawah ini. Pasti anda akan kagum.

Muzik Video In Your Arms – Kina Grannis

The Making of In Your Arms

Apa yang kami kagum adalah komitmen yang diberikan oleh artis-artis yang menghasilkan video ini dan juga komitmen Kina itu sendiri. Dekat Malaysia rasanya ada ke artis yang sanggup buat macam ni? hmmm akhir kata Kina Grannis ini sangat comel >.<

cisdel jelly beansumber: youtube Kina Grannis

Kongsi Artikel

7 Responses to Muzik Video yang Sangat Cool Dibuat dengan Menggunakan 288,800 Biji Jelly Beans

  1. Pacifista says:

    memang cool.terlalu cool! 😀

  2. hami2189 says:

    wow memang hebat sangat..tentu susahkan nak siapkan klip video yang macam tu kesemua scene menggunakan jelly beans

  3. Fizz.My says:

    tang bibir tu smart.. hahaa

  4. wardah says:

    super awesome!

  5. yukiie llala says:

    Admin…awak minat kat kina keh???ahahha…lwakk..sikit2 kina jeh…btul x smua???saye suke klip nih sbb sngat marvelous..hehehbatt

  6. memang nampak comel, tapi nampak cam membazir masa n tenaga…. hmmmm membazir duit.,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *