Koleksi Tumbuh-tumbuhan yang Pelik Tapi Sangat Menakjubkan

Published On 18/11/2011 | By cisdel | Alam, Trivia

Setiap satu ciptaan tuhan di muka bumi ini pasti ada kegunaan dan peranan masing-masing. Walaupun ia hanya sebesar zarah ia tetap berguna dan mempunyai peranannya sendiri. Post kali ini kami ingin kongsikan beberapa jenis pokok yang sangat unik dan mungkin pelik tetapi sangat menakjubkan. Antara pokok-pokonya adalah raflesia, periuk kera, pokok Baobab dan lain-lain lagi.

Dragon Fruit Cactus  / Kaktus Buah Naga

The Dragonfruit Cactus Koleksi Tumbuh tumbuhan yang Pelik Tapi Sangat Menakjubkan

Kaktus Buah Naga

Semua orang pasti kenal dengan buah naga kan? Tapi tahukah anda buah naga adalah buah kepada sejenis pokok kaktus. Nama saitifik bagi buah naga adalah Hylocereus undatus berasal dari Amerika Selatan tetapi ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia. Ia juga sudah mula ditanam secara komersial di Malaysia dan sudah mendapat tempat di kalangan rakyat tempatan.

Romanesco Broccoli

Romanesco Broccoli Koleksi Tumbuh tumbuhan yang Pelik Tapi Sangat Menakjubkan

ini brocoli hahaha berani nak makan?

Ini adalah sejenis brocoli dan ia boleh dimakan tapi rupa dia menakutkan haha. Tergolong daripada speseis Brassica oleracea. Pertama kali dijumpaai di Itali pada kurun ke 16. Ia kaya dengan vitamin C, vitamin K, fibre, dan carotenoids.

Venus Flytrap

Venus Flytrap Koleksi Tumbuh tumbuhan yang Pelik Tapi Sangat Menakjubkan

Ini adalah venus fly trap

Ini adalah sejenis tumbuhan karnivor, ia makan serangga. Nama saitifiknya adalah Dionaea muscipula tapi kami kurang pasti dalam Bahasa Malaysia apa nama dia.

Pitcher Plants / Periuk Kera

Pitcher Plants Koleksi Tumbuh tumbuhan yang Pelik Tapi Sangat Menakjubkan

Periuk Kera

Pitcher plants atau dalam Bahasa Malaysia dipanggil Periuk Kera merupakan tumbuhan yang banyak dijumpai di Asia Tenggara. Nama saintifiknya adalah Nepenthes spp berasal dari famili Nepenthaceae. Biasanya ia tumbuh di kawasan tanah berasid yang tidak subur dan kekurangan nitrogen.

Sundew

Sundew Koleksi Tumbuh tumbuhan yang Pelik Tapi Sangat Menakjubkan

Sundew

Ini adalah sejenis pokok tapi rupa dia macam alien -.- Sama seperti venus flytrap jejari-jejari pada pokok itu digunakan untuk memerangkap serangga. Ia juga dikenali dengan nama Drosera yang merupakan perkataan Latin yang sama maksud dengan Sun Dew iaitu lebih kurang macam “Embun Matahari”. sumber: wikipedia

Baseball Plant

Baseball Plant Koleksi Tumbuh tumbuhan yang Pelik Tapi Sangat Menakjubkan

Baseball Plant

Ini adalah pokok baseball atau nama saitifiknya, Euphorbia obesa. Ia boleh tahan kesejukkan sehingga -2°C ketika cuaca sejuk. Terdapat bahagian yang beracun pada pokok ini yang diberi nama sap. Tetapi kami kurang pasti di mana bahagian sap yang dimaksudkan itu. sumber: desert-tropicals

Welwitschia

Welwitschia Koleksi Tumbuh tumbuhan yang Pelik Tapi Sangat Menakjubkan

Welwitschia

Jika anda fikirkan gambar di atas ini adalah pokok yang sudah mati, anda silap. Ia memang berkeadaan sebegitu rupa sejak mula ditemui oleh ahli botani Autria, Friedrich Welwitsch pada tahun 1859. Oleh kerana sifatnya yang sebegitu rupa ia digelar “living fossil” atau fosil hidup. Nama saitifik bagi pokok ini adalah Welwitschia mirabilis. sumber: wikipedia

Rafflesia / Bunga Pakma

Rafflesia Koleksi Tumbuh tumbuhan yang Pelik Tapi Sangat Menakjubkan

Rafflesia

Bunga Rafflesia atau pakma ini pasti tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Bunga ini merupakan bunga rasmi bagi Negara Indonesia dan juga Negeri Sabah. Ia mula dijumpai pada tahun 1816 oleh Dr. Joseph Arnold dan telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles. Speseis pertama yang dijumpai mereka di beri nama Rafflesia Arnoldii bersempena nama mereka. Ia merupakan bunga paling besar di dunia dengan rekod kebesaran saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Ia mempunyai bau yang sangat busuk bertujuan menarik minat para serangga untuk melakukan proses pendebungaan. sumber: wikipedia

Titan Arum

Titan Arum Koleksi Tumbuh tumbuhan yang Pelik Tapi Sangat Menakjubkan

Titan Arum

Titan Anum ini merupakan bunga yang sangat besar dan hidup subur di Hutan Hujan Sumatra. Nama saintifik bunga ini adalah Amorphophallus titanum dan disebabkan baunya yang sangat busuk, ia diberi gelaran “Corpse Flower” atau Bunga Bangkai.

Baobab Tree

Baobab Tree Koleksi Tumbuh tumbuhan yang Pelik Tapi Sangat Menakjubkan

Pokok Baobab

Walaupun rupanya agak pelik, tetapi ia merupakan salah satu ciptan tuhan yang sangat menakjubkan. Pokok yang mempunyai pelbagai gelaran ini merupakan pokok kebangsaan Madagascar. Antara gelaran yang diberikan kepada pokok ini adalah “tree of life” atau pokok kehidupan kerana ia mampu memberikan makanan, minuman, pakaian dan tempat berteduh kepada manusia dan juga haiwan. Buah dari pokok ini diberi nama “monkey bread” atau roti monyet dan mempunyai kandungan vitamin C yang sangat tinggi.

Kebanyakkan harinya, pokok ini memang tidak berdaun menyebabkan dahan dan ranting pokok ini kelihatan seperti akar pokok. Atas sebab yang demikian, pokok ini juga dikenali sebagai “upside down tree” atau pokok terbalik. sumber: wikipedia

Fuhh macam panjang plak post ni semua fakta dalam post ini diambil dan diolah daripada sumber asal. Tak main la copy paste direct je hohoho. Semoga kita mendapat ilmu yang berguna dan bermanfaat icon smile Koleksi Tumbuh tumbuhan yang Pelik Tapi Sangat Menakjubkan

cisdel pokok Koleksi Tumbuh tumbuhan yang Pelik Tapi Sangat Menakjubkansumber lagi: funnydailydose

Kongsi Artikel

9 Responses to Koleksi Tumbuh-tumbuhan yang Pelik Tapi Sangat Menakjubkan

  1. chokichoki says:

    sangat menakjubkan :)

  2. OrangAkaun K says:

    geli pon ada..hish…

  3. Ism. says:

    Segala puji pujian hanya untuk Allah Taala yang menjadikan itu semua.Ilmu Allah Taala jika di tulis dengan tujuh lautan sebagai dakwat pena,dan di tambah lagi dengan tujuh lagi lautan,tidak akan habis untuk di tuliskan kerana maha luas nya ilmu Tuhan semesta alam ini!
    Dari itu,tiada Tuhan yang selain Allah Taala yang mesti dan wajib di sujuti dan di sembahi dan kita semua harus bersujud hanya untuk Allah Taala sahaja.
    Yang mengkagumkan kita semua,ciptaan Allah Taala semua nya sama dan seimbang untuk sesuatu objek.Lihat saja contoh beras yang kita makan sebagai nasi.Semua nya sama dan serupa.Lihat pula jenis daun dari berbagai pohon,juga sama dan serupa.Bunga berbagai jenis dan warna dan terlalu banyak lagi hanya Allah Taala yang mengetahui nya.
    Namun demikian,mengapa pula ada yang mendurhakai Allah Taala dengan menyembah patong? Sedangkan patong berhala yang mereka anggap sebagai tuhan,tidak mampu untuk mencipta walau pun hanya se ekor L A L A T !

  4. Niniey Nazirah says:

    mkn berani kali tingu tkt plak………hihi………
    yg reflesia tu bha……………..
    bsr kah kalAU TINGU DARI DKT??????????:)

  5. Pingback: Koleksi Tumbuh-tumbuhan yang Pelik Tapi Sangat Menakjubkan

  6. farid says:

    lebih menakjubkan

  7. saya nak tumpang tanya pokok titin tu ai memakan
    buah-buahan ka???

  8. jelah says:

    Ilmu yg bermanfaat
    Terima kasih atas perkongsian
    Sgt! Teruja!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>